Thursday, December 12, 2013

Petua : penjagaan rambut panjang

Menjaga rambut yang panjang. Tidak dinafikan wanita suka menyimpan rambut yang panjang. Tetapi ada juga lelaki yang gemar menyimpan rambut panjang. Mungkin mereka fikir ia nampak lebih rockers kot... Rambut yang panjang ini perlu mendapat menjagaan dan perhatian yang rapi. Jika tidak ia akan menimbulkan masalah pada rambut itu sendiri. Teman kongsikan beberapa tips bagaimana untuk menjaga rambut yang panjang.


1. Gunakan Jari Anda - Seperti dalam iklan Rejoice, gunakan jari kome untuk meluruskan rambut. Sebaik sahaja kome bangun tidur, jangan gunakan sikat untuk menyikat rambut. Sebaliknya, gosokkan jari kome tu di kulit kepala dan uraikan helaian rambut untuk meleraikan rambut yang kusut dan berpintal. Jika kome ubah taktik ini kepada menggunakann jari kome tu, ia akan memberi kesan yang positif pada rambut kome serta mampu mengurangkan pengguguran rambut. Mudahkan!

2. Berus Rambut Anda Selalu

  • Ada sesetengah wanita khuatir menyikat rambut selalu akan mengakibatkan rambut akan gugur. Sebenarnya, jika kome selalu memberus rambut, rambut kome tu akan bertambah sihat. Apa gunanya berambut panjang, jika kome malas mengurusnya? Kusut masai pulak jadinya. Sebab itu, wanita yang berambut panjang, kome dinasihatkan supaya menggunakan berus rambut berbulu dengan permukaan bulat. Mulakan memberus dari bahagian atas kepala sehingga ke bawah. Kemudian berus dari bahagian rambut yang dalam pula. Selepas memberus, gunakan jari untuk memberi kesan yang lebih.
  • Jangan berus rambut anda semasa ia masih basah. Sebaiknya, gunakan berus bergigi besar untuk menyikat secara lembut supaya tidak merosakkan akar-akar rambut. Ini kerana, rambut yang basah mempunyai struktur yang lemah dan ini yang akan memudahkan pengguguran rambut.
3. Jangan Lupa Sikat Rambut - Tujuan sebenar untuk menyikat rambut adalah untuk memperkemas, mencantik dan menggayakan rambut. Bahagikan rambut anda kepada beberapa bahagian yang kecil dengan menggunakan sikat bergigi jarang. Sikat rambut perlahan-lahan bermula dari atas ke bawah. Jangan sesekali menyikat rambut jika ia berpintal.


4. Keringkan Rambut - Jika anda berambut panjang ia perlu dikeringkan terlebih dahulu. Gunakan alat pengering rambut yang sesuai bila ia perlukan. Semasa mengering rambut, pilih pengering rambut yang boleh mengeluarkan suhu yang sejuk. Walaupun pengering rambut jenis ini harganya mahal, namun ia baik untuk rambut panjang.

5. Pilih Syampu YangTerbaik - Pilih syampu yang menggunakan ramuan semula jadi. Pastikan syampu mempunyai perapi yang membantu memberi pelembapan pada rambut secara menyeluruh. Semasa mencuci rambut dengan syampu, ratakan sedikit syampu pada seluruh kepala dan bilas dengan air. Seterusnya, bilas dan syampu rambut untuk kali kedua. Ketika ini, urut kepala secara perlahan untuk menyihatkan akar-akar rambut.

6. Peka Dengan Keadaan Sekeliling - Lindungilah rambut kome tu daripada pendedahan berterusan dari pancaran matahari, air bergaram, air berklorin, angin dan pencemaran. Semua ini boleh merosakkan rambut kome dan mudah membuatkan rambut kome kusut masai. Jika tidak keberatan, kome bolehlah mengenakan tudung untuk melindungi rambut panjang daripada persekitaran yang tercemar. Penggunaan topi dan skaf juga digalakkan untuk mengekalkan kesihatan rambut.

6 comments :

  1. Kadang2 penjagaan rambut nie simple jer.. tapi kita nie suka ambil mudah... dah mudah nak mudah lagi... hehehe...

    ReplyDelete
  2. Kadang2 penjagaan rambut nie simple jer.. tapi kita nie suka ambil mudah... dah mudah nak mudah lagi... hehehe...

    ReplyDelete
  3. terlepas plak entry nie..nasib baik aku bukan jenis lelaki yang bela rambut panjang..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. Salam kenal ...
    terima kasih ata info yang menginspirasi ini...
    oya kalau untuk tren kaos kaki wanita yang banyak diminati wanita saat ini seperti apa ya..
    mohon infonya ya..

    ReplyDelete
  5. Salam kenal ...
    terima kasih ata info yang menginspirasi ini...
    oya kalau untuk tren kaos kaki wanita yang banyak diminati wanita saat ini seperti apa ya..
    mohon infonya ya..

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...