Tuesday, December 17, 2013

Malaysia International Auto Salon

Malaysia International Auto Salon turut menyertai Kuala Lumpur International Motor Show 2013 (KLIMS) yang lepas di Hall 3, Putra World Trade Centre (PWTC). Pameran ini menampilkan pelbagai kereta yang telah diubahsuai dengan dilengkapi dengan pelbagai aksesori. Kadang-kadang ubahsuai yang dibuat terlalu melampau. Teman tak rasa owner kereta nie drive kereta nie di jalan raya. Tapi itu lah kan cita rasa tuan empunya kereta tersebut. Apa pun, teman kongsikan dalam entry ini untuk tatapan bersama.

Kereta sport sangat rendah. Tingginya dari permukaan lantai atau jalan raya hanya beberapa sentimeter saja... Kalau di jalan raya tu ada bumper... confirm tak lepas punya laa...



Yang nie pulak dah rupa macam kereta kartun... Kereta ini diubah suai mengikut konsep car and gun... Macam nak pergi berperang jer... Kereta nie dilengkapi dengan pelbagai senjata... Mungkin kalau senjata ini berfungsi, habis lah kereta kat jalan raya tu di tembaknya...






Nie pulak kereta kancil yang diubah suai menjadi Daihatsu MIRA, berwarna pink. Teman fikir, pemiliknya pasti wanita. Ada ke lelaki yang buat modification macam nie... Warna kereta dah la warna pink, lepas tu siap ada bulu mata pulak kat lampu kereta dan rambu ramba...



Kereta nie pulak dah macam dinosaur pulak... siap ada duri-duri...




Nie pulak kereta Wira yang di beri sentuhan air brush art.






Next entry, teman kongsikan pulak berkenaan pameran America Classic Car Showcase semasa KLIMS2013. Masih lagi entry pasal kereta :d

5 comments :

  1. iskh..iskh..iskhh... macam2 minat manusia nie kan...
    Yang tak bleh tahan idah tengok yang Hello Kitty dengan yang ada senjata tu... :D
    kalau idah nak bawak pun malu..

    ReplyDelete
  2. kreatif btul...minat mengatasi segala²nya

    ReplyDelete
  3. ni kalo jenis kaki2 autoshow ni suke la tgk.....mesti tak lepas kan peluang pi tgk....lieya plak rase serabut kepale tgk bende2 gini haahhahaha dasar perempuan kan!

    ReplyDelete
  4. wah...lagi hebat auto saloon nie..gambar 3 & 4 tu dia letak eksos system kat bonet ke??

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. Haritu lepas kat PWTC Pero2 kasik tiket gi support depa kat pameran Jepun plak tapi tak gi huhuu... (Ate tiket dibaginya sorang jek mana aci sume pun nak pegi hahaha...) Jemput Baca: D.A: Menu Lunch/ Dinner -6

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...