Wednesday, November 20, 2013

Tips untuk memikat hati wanita

Teman pernah buat entry tips bagi wanita untuk memikat hati lelaki idaman mereka. Kali ini, teman nak kongsikan tips bagi lelaki untuk memikat hati perempuan. Teman nie bukan la expert sangat, cuma sekadar berkongsi info dan pengalaman saje... :) manalah tau kot ada follower blog nie masih single mingle macam +Azlan Strider  nie... Ada juga anak-anak dara follow blog teman nie tau... :d

Ok, kita terus pada tips yang teman nak kongsikan.



Tidak merokok - Merokok itukan merbahayakan kesihatan. So, kalau diri sendiri pun tak sayang, macam mana nak sayang orang lain. Lagi pun merokok nie akan mengundang kepada bau-bau yang tidak menyenangkan.

Yakin Pada Diri Sendiri - Keyakinan pada diri sendiri adalah kualiti penting yang sering di cari oleh wanita, lakukan sesuatu perkara itu dengan terbaik. Yang paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa. Lelaki kena perlu menjadi fighter. Baru dipanggil sifat lelaki sejati. Jika ada masalah, bawa berbincang dan kome harus berikan alasan kukuh, kenapa anda tidak boleh lakukan. Penting untuk berlatih bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif.

Pandai Buat Lucu - Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Lebih teruk kalau tersengeh-sengeh tak tentu fasal. Ingat, untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya anda membuat lawak bodoh. Belajar buat lawak secara spontan dan bersahaja, kerana ini akan menghiburkan hatinya. Lawak bersahaja itulah yang membuatkan si dia akan terus merindui kerenahmu.

Romantik - Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik. Ingat, romantik bukanya gatal atau miang, lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita. Biar seseorang wanita itu kelihatan ‘rugged’ atau agresif. Namun dalam hal teman lelaki, kebanyakannya memilih yang romantik.

Bijak - Wanita sering mengimpikan seorang lelaki yang berpendikan dan pandai. Jika anda berasakan anda kurang bijak, mungkin anda boleh mengambil langkah untuk melanjutkan pelajaran. Luangkan masa anda mendengar berita dan rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu. Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca. Tidak semesti anda adalah seorang ahli akademik. Caranya, baca ulasan buku seolah-olah anda telah membaca keseluruhan buku tersebut. Kalau perlu, pakailah cermin mata yang tidak berkuasa untuk memperlihatkan anda bergaya seperti seorang intelek.

Caring - Wanita sering impikan seorang lelaki yang caring. Wanita mahukan lelaki yang mampu mendengar luahan hati dan menjadi pendengar yang setia. Mungkin lelaki itu tidak mampu menyelesaikan masalah wanita tersebut, tetapi cukuplah sekadar mendengar luahan dan berkongsi rasa. Lelaki yang mampu mengingati detik-detik hari bahagia wanita seperti hari lahir, hari pertemuan pertama (first date) juga menjadi idaman wanita.

Teman ada buat entry tips untuk wanita memikat hati lelaki idaman mereka. Klik disini untuk membacanya.

7 comments :

  1. yang tak merokok tu sangat penting...bagus2

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa.. kawan semua kena ambil note... sila berhenti merokok ye...

      Delete
  2. betul2..semua di atas tu laaaaa ciri2 lelaki setiap wanita....mcm lieya mmg tak mo yg smoking...penin woo bau asap rokok nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana tag like macam kat FB tu... i like...

      Delete
  3. Ermm pandai nyerr diaaa... :D
    Setuju ngan Tihara...

    ReplyDelete
  4. aiyakk..kalau gunakan rokok elektronik macam mana??hahaha..nanti kalau aku dapat jodoh jangan lupa datang kenduri aku bro..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better stop... tak ada faedahnya dok makan asap... simpan duit untuk kahwin lagi bagus... :d
      Kalau ko hantar kad kahwin, insya allah, ada rezeki sy datang laa...

      Delete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...