Thursday, November 28, 2013

Petua : Melegakan batuk berpanjangan

Batuk berpanjangan pastinya meresahkan kome. Betul tak? Sudahkah kome mencuba beberapa petua mengunakan madu lebah yang teman kongsikan dalam entry yang lepas. Kome boleh klik disini untuk membacanya. Ada jugak petua berkenaan batuk yang teman kongsikan mengunakan pucuk ubi dan kapur sirih. Kalau kome nak membacanya, klik disini.



Kadang-kadang bahan untuk petua itu tiada, dan sebagai pilihan teman kongsikan satu lagi petua untuk melegakan batuk berpanjangan. Kali ini bahan utama yang perlu ada ialah pisang. Tak kisah lah apa pisang pun, janji pisang itu telah masak.

Caranya, rebuskan beberapa biji pisang yang telah masak ini sehingga lembik. Kemudian campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Biarkan selama 20 minit. Setelah siap, campurkan sedikit gula dan makan.

Insya-Allah batuk kome tu akan berkurangan.

4 comments :

  1. ini petua yang bagus utk aku yang tak suka makan ubat batuk nih...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... untuk ko senang je bro... tolong berhenti merokok... :)

      Delete
  2. Eh 1st time dgr.. Selalu guna lemon+madu jer :)

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...