Monday, November 18, 2013

Mana kau nak lari...

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah. Syabas diucapkan pada PDRM atas kejayaan mereka memberkas penjenayah kejam dan tidak berperikemanusian ini. Kepada mereka yang suka sangat mengkritik dan mempertikaikan tindakan PDRM dalam membenteras kegiatan jenayah, apa agaknya perasaan mereka jika perkara seperti ini berlaku atas diri atau keluarga mereka. Teman nak juga membuat entry ini walaupun kejayaan ini telah pun diwar-warkan dua tiga hari yang lalu. Teman busy sket. So, entry nie terperap di draft. Bukan apa, kadang-kadang timbul perasaan geram dan tidak puas hati bila tindakan pasukan keselamatan dalam membenteras jenayah dan menjaga keselamatan negara sering sangat dipertikaikan dan dipolitikkan. Mungkin mereka gunakan alasan ini untuk menonjolkan diri masing-masing sama seperti artis dan gossip mereka tu.


Gambar ehsan Google

Apa pun, tahniah diucapkan kepada PDRM dan perlu diingat, perjuangan masih belum selesai lagi. Teman sangat berharap PDRM akan meneruskan siasatan keatas isu MyKad pada golongan pendatang ini. Siatan perlu dilakukan segera kerana ia melibatkan isu keselamatan negara. Mudah sangat negara kita ini diceroboh sampaikan pendatang asing juga boleh memiliki MyKad dan mengundi dalam pilihan raya. Itu baru kes rompakan, belum lagi kes pengintipan oleh negara asing. Tidak mustahil, golongan pendatang yang memiliki MyKad ini boleh mendapatkan pekerjaan di sektor kerajaan yang membolehkan mereka mendapatkan maklumat sulit negara. Bila memiliki MyKad, mereka ini boleh menikmati segala kemudahan dan faedah sebagai warga negara Malaysia.

Kalau warga Nigeria memiliki MyKad kita mungkin mengenal pasti mereka dengan mudah. Tapi bagaimana pula golongan pendatang dari Vietnam, Thailand, China, Indonesia, India, Philippines, Singapore. Tidak mustahil, mereka ini juga boleh membeli MyKad secara haram. Kemudian mereka belajar berbahasa melayu dan budaya Malaysia. Kan sukar untuk kita mengenal pasti mereka ini. Nampak macam warga negara Malaysia, tapi mereka ni pendatang haram. Kan bahaya tu...

Bagaimana agaknya mereka ini berjaya memperolehi MyKad? Bukankah MyKad itu dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan sukar dipalsukan? Teman berharap sangat PDRM berjaya menangkap dalang kepada kegiatan menjual MyKad ini.

Ini petikan dari akhbar Berita Harian bertarikh 18 November 2013,



Tengok  tu kakitangan JPN sendiri dalangnya. PDRM perlukan siasatan, kalau boleh JPN perlu di siasat. Tak mungkin kakitangan itu berkerja seorang diri. Pasti ada lagi yang terlibat. Teman harap, senarai MyKad yang dijual itu boleh diperolehi dan PDRM dapat meneruskan siasatan mereka.

Cayalah PDRM. We all support you. Keep up the good work!

4 comments :

  1. Nilai² kemanusian telah pudar....semua mengikut hawa nafsu.....semoga Allah melindungi kita semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal... zaman sekarang nie macam perkara berlaku... manusia pun, gilanya macam-macam...

      Delete
  2. Keselamatan di Malaysia dah lama diragui... especially di sabah & sarawak.. pintu masuk utama pendatang nie...

    ReplyDelete
  3. betul tu..aku sangat sokong dengan statement ko tu..benda2 macam nie harus disiasat hingga ke akar umbi..kalau tak nanti benda yang sama mungkin boleh terjadi...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...