Thursday, October 31, 2013

Penting ke access INTERNET?

Zaman sekarang nie INTERNET macam satu perkara yang wajib, benda yang mesti ada pada semua orang. Kalau tak ada internet, mungkin boleh dikatakan hidup jadi tak macam tak sempurna. Betul ke statement nie? Ye la, kan sekarang nie zaman IT... Kalau boleh kebanyakkan ibu bapa nak anak mereka didedahkan dengan teknologi IT nie sejak anak mereka dilahirkan. Cuba perhatikan, sekarang nie anak-anak kecil berumur dalam setahun pun dah tahu apa tu itu IPad atau pun Galaxy Tab. Kecik lagi kanak-kanak ini dah tahu macam mana nak kendalikan gadget nie. Cuba kome bagi gadget nie pada orang tua kome, confirm mereka simpan je benda nie.


Bila dah ada gadget canggih macam nie, mesti nak ada access ke internet. Sama ada guna 3G, WIFI atau pun guna kabel. Kalau guna 3G, banyak pilihan yang ada. Cuma access ke 3G nie tak berapa stabil dan terhad pengunaannya. So, untuk penguna tegar, mereka guna kabel access. Antara pembekal perkhidmatan ialah TM, Maxis dan TIME. Antara ketiga-tiga pembekal perkhidmatan ini, TM mempunyai rangkaian yang terluas yang membekalkan perkhidmatan broadband ke serata ceruk negara kita nie.


Biasalah, kadang-kadang perkhidmatan internet ini ada masanya OK, superb. Ada kalanya hampeh, mengalahkan siput. So, access ke internet terganggu ramai yang meroyan, marah, tak puas hati dan sebagainya. Ini realiti. Tapi, sebagai penguna biasa mereka tak tahu macam mana ISP nie berusaha gigih untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik buat mereka.

Itu yang ada penguna sanggup memaki hamun dan mengeluar kata-kata kesat kepada pekerja syarikat telekomunikasi yang mereka tidak puas hati. Memang, kadang-kala terdapat terdapat kelemahan yang perlu di pertingkatkan oleh pihak berkenaa.

Untuk pengetahuan pembekal rangkaian internet terbahagi kepada 3 peringkat atau Tier. Di dunia, TM adalah satu-satunya ISP Malaysia yang berada di taraf Tier-2. TM juga merupakan satu-satunya Tier-1 ISP di Malaysia yang membekalkan perkhidmatan internet. Lain-lain Telco adalah di Tier-2 dan Tier-3 ISP di Malaysia.

Kebanyakkan ganguan capaian ke Internet adalah sama ada berpunca pada alat penguna itu sendiri atau pun masalah dari sistem telekomunikasi pihak penyedia rangkaian. Selebihnya adalah berpunca dari capaian antara bangsa yang melibatkan rangkian berkelajuan tinggi yang mengunakan rangkaian kabel dasar laut.

2 comments :

  1. aku bersetuju dengan apa yang ko cakap..zaman sekarang kebergantungan rakyat terhadap internet tinggi tapi dari segi price dan service aku rasa macam tak berbaloi..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau compare dengan negara jiran Singapore, harga internet access kat Malaysia nie murah lagi kan... Kalau kat Thailand pulak dalam 20Bath untuk 20 minit... lagi haru... cepat sangat pulak tuu

      Delete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...