Friday, October 25, 2013

Pantai Bukit Keluang

Tempat menarik di Terengganu. Nie first time teman ke pantai Bukit Keluang. Dengar cerita di pantai nie ada banyak gua. Batu karangnya pun cantik. Mesti kome tertanya-tanya. Kenapa nama tempat nie ada pantai dan ada pulak bukit. Itulah keunikan tempat ini. Di sini memang ada pantai dan memang ada bukit.


Bertentangan dengan pantai Bukit Kelebang terletak Pulau Ru. Nun kejauhan pula kelihatan Pulau Perhentian. Kalau nak ke Pulau Perhentian, jarak perjalanannya dalam 30-45 minit bergantung kepada keadaan laut dengan menaiki bot laju.



Bukitnya memang mengunjur sehingga ke tepi pantai. Malah di bukit ini juga terdapat gua di mana pintu gua tersebut mengadap laut. Memang best kalau dapat berkhemah di dalam gua nie. Cuma berani atau tidak saje kalau nak berkhemah dan bermalam disini.

Mengikut catatan blog dari penduduk setempat. Tempat ini banyak misterinya. Kalau berminat membaca kisahnya, klik la disini. Rupanya disini terdapat 17 buah gua. Tapi yang teman dapat tengok, hanya satu je la. Gua yang mengadap laut nie. Teman tak sempat nak masuk ke dalam gua nie. Dengar cerita dari blogger azmipasak, tempat nie zaman dahulu kala adalah tempat petapa duduk bertapa menuntut ilmu. Macam-macam ilmu daa...



Inilah guanya. Aisar merengkek tak nak masuk ke dalam.  So, teman hanya meninjau dari luar saja la. Lagi pun, ramai sangat couple yang duduk berdua-dua kat dalam tu, dok berdating. Tak sesuai la kalau bawa anak kecil. Mengikut tinjauan teman,  pengunjung yang datang dan masuk ke dalam gua nie, tak ada kesedaran sivik langsung. Dah la dok buat perkara tak bermoral disini, lepas tu buang pulak sampah merata-rata. Langsung tak tahu menghargai keindahan alam ciptaan yang maha Esa.

Batu-batu karang disini juga cantik. Lain sket dari yang biasa teman tengok di tempat lain.



Kalau ada plan nak bercuti-cuti Malaysia kesini bagus jugak. Penginapan mudah. Resort ada, homestay pun ada. Yang paling hampir ialah Bukit Keluang Beach Resort. Untuk homestay pula, boleh cuba MS MAMA HOMEstay. Kalau nak pilihan homestay lain, kena la rajin Google.

3 comments :

  1. cantik gak pantai nie...ade jugak perkidmatan ke perhentian dari sini ker??

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. Tak. Kalau nak ke Pulau Perhentian kena naik kat jeti...

    ReplyDelete
  3. cantik... tapi kalo ade sampah sarap kan mencacatkan pemandangan... tu la pasal.. org kita ni tak tau menghargai keindahan susah sgt ke nak buat hah?!

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...