Thursday, September 19, 2013

Punca minyak (RON95) naik

Bermula selasa 3 September, harga minyak naik lagi. Kali ini melibatkan RON95 dan diesel. Kenaikkan kali ini sebanyak RM0.20/seliter akibat penarikan balik subsidi minyak oleh kerajaan. Bermula 3 September, harga pasaran bagi RON95 adalah RM2.10/seliter dan harga diesel pula RM2.00/seliter. Kali terakhir RON95 dinaikkan adalah pada tahun 2010.



Teman faham harga minyak tempatan adalah selaras dengan harga minyak global. Penstabilan harga minyak tempatan adalah disebabkan oleh subsidi kerajaan. Maksudnya, kerajaan menanggung sebahagian daripada harga minyak untuk pasaran tempatan. Apabila harga pasaran minyak global meningkat, kerajaan akan menambah lebihan kos tersebut untuk menstabilkan harga minyak pasaran tempatan.




Sebelum kenaikkan, kerajaan menanggung RM0.82/seliter untuk RON95 (harga sebenar RM2.72/seliter) dan RM0.95/seliter (harga sebenar RM2.76/seliter) untuk Diesel. So, bila harga pasaran minyak global meningkat, maksudnya kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang lebih besar untuk subsidi tersebut. Ketika ini peruntukkan untuk subsidi minyak adalah RM24.8 billion. Bercakap mengenai subsidi nie, banyak betul figure yang ada... Yang mana tu agaknya lebih tepat... Kalau nak baca berkenaan subsidi dalam plan subsidi dan bantuan kerajaan. klik disini.


Menurut kerajaan, bagi mengurangi bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam budget 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan budget.



Apa pun, teman nie idak le pernah dapat BR1M tu... tak ada dalam senarai golongan sasaran tu... ambih tu, nak buat macam mana... harga barang2 semuanya dah naik... Bila cakap sket, kita di nasihatkan ubah cara hidup... kena berjimat cermat... Tapi kali nie, rakyat pulak nak tengok kerajaan berjimat cermat dan jangan boros...


Masa malam sebelum berkuatkuasanya harga minyak baru tu, ramai betul la pengguna berebut-rebut nak isi minyak. Ye la, esoknya harga minyak dah naik. Ada yang sanggup menunggu berjam-jam untuk penuhkan tangki kereta. Padahal perbezaannya lebih kurang RM10 jer, aggaran purata penjimatan... Berbaloi ke menunggu berejam-jam tu semata-mata nak jimatkan RM10 tu, sampai ada yang bergaduh dan bertumbuk. Apa pun, inilah situasi yang kerap berlaku apabila harga minyak naik.




Apa pun saranan kata potong elaun tu jadi ker? Senyap sunyi jer... dah dilaksanakan ke... atau saja buat-buat bising jer... Maklum la, saja nak glamor jer...



Apa pun, kesan kenaikkan minyak memang terasa. Ye dari kos sara hidup hingga ke yuran tadika pun dah naik.... I'm sure lepas pembentangan budget nanti rate TNB pulak yang akan naik... Sama-sama lah kita tunggu dan saksikan yer...

1 comment :

  1. jap2 nak sapu minyak cap kapak, tetibe pening lak, hahahaha...

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...