Wednesday, August 14, 2013

Tanda-tanda seorang lelaki itu kecewa atau pernah di kecewakan

Bagaimana caranya untuk mengetahui lelaki yang putus cinta. Jika perempuan mereka akan menangis atau meratap apabila kehilangan kekasih. Lelaki pula sukar untuk menunjukkan perasaan mereka.



Tidak dapat di elakkan pasti akan ada kesan pengajaran yang berbekas dihati lelaki yang mengalami kekecewaan ini. Antaranya termasuklah:

  • Si dia akan menjadi lebih pesimis apabila bercakap mengenai perempuan.
  • Lebih kebal apabila berdepan dengan air mata perempuan. Si dia tidak akan mudah dan berasa 'cair' apabila melihat perempuan menangis.
  • Lelaki akan belajar psikologi perempuan. Selalunya kata-kata daripada sudut hati perempuan tidak selari dengan apa yang dilafazkan. Apabila perempuan menggeleng sebenarnya hatinya mengangguk. Jika dia mengangguk, jauh di sudut hati dia membantah.
  • Si dia akan lebih faham mengenai biologi atau kitaran mood perempuan. Lelaki sedar perempuan memang diciptakan akan naik angin tanpa sebab, sekali dalam tempoh sebulan.
  • Sedar bahawa perempuan suka mengunakan air mata sebagai senjata.
  • Apabila dia sedar bahawa dia tidak pernah tua untuk bercinta, berkahwin dan mendapat anak. Lelaki ini pasti mentertawakan bekas teman wanitanya yang mungkin semakin berusia dan terdesak untuk berumah tangga.
  • Menyedari bahawa cinta yang baik adalah seumpama ekzos kereta atau motosikal yang bagus tidak bising, tidak banyak asap dan tidak banyak masalah.
  • Apabila putus cinta barulah lelaki faham nalurinya. Jauh di sudut hati,sebenarnya lelaki amat seronok hidup berpasangan.
  • Lelaki akan lebih memahami mengapa perempuan di cipta dari tulang rusuk lelaki. Dia memang sensitif. Jika terlalu lembut, ia menjadi patah. Kalau berkasar tidak berguna. Jadi melentur perempuan perlukan toleransi.
  • Deria lelaki akan lebih cekap mengesan sebarang perubahan pada perempuan.
Gambar ehsan Google.

3 comments :

  1. Kupasan yang hebat tentang reverse phsaikologi tentang wanita. Mesti admin pun memang dah kebal ni...hehe. Selamat Hari Raya Aidil Fitri admin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idok la... teman pun masih lagi belajar tentang wanita... :d

      Delete
  2. Semakin Makin banyak dikecewakan semakin lelaki tahu wanita yang diinginkannya.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...