Friday, August 30, 2013

Senarai dan identiti gangster di Malaysia

Banyak juga yer gangster di Malaysia nie... Macam-macam nama gengster ada... Patut la, filem berunsur gangster mendapat sambutan... Tak tahu lah teman apa motif sebenar penerbit filem di Malaysia nie membuat filem berkenaan gangster... nak mempromote budaya gangster ke? Berdasar tontotan free filem-filem gangster nie, teman lihat kebanyakkannya memperlihatkan budaya gangsterism  Ada faedah ke menonjolkan budaya ini kepada masyarakat? Perlu ke masyarakat ambil tahu budaya gangster nie?

Bagi teman, apa yang perlu ialah kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti gangsterism ini kepada pihak berkuasa untuk di ambil tindakan. Dibawah adalah senarai kongsi gelap yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Dalam banyak-banyak senarai ini, Geng 36, Geng 04 dan Geng 08 adalah kumpulan kumpulan kongsi gelap yang paling merbahaya.



Senarai dari Utusan Malaysia


Statistik PDRM berdasarkan pecahan kaum, orang India paling banyak menyertai kongsi gelap iaitu 28,926 orang diikuti kaum Cina (8,214 orang) dan Melayu (1,923 orang).

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130830/je_04/Geng-36-04-08-paling-bahaya#ixzz2dPIqWjnA
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Tahukah kome, semua gengster diatas mempunyai indentiti mereka tersendiri. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai panji-panji atau lambang kumpulan mereka sendiri. Antaranya ada dalam gambar dibawah,

Gambar ehsan Facebook VAT 69

Macam mana nak tahu mereka nie anggota gengster. Kebanyakkan anggota kongsi gelap ini ada tatoo ditubuh mereka. Ini antara mereka yang berjaya diberkas oleh pihak berkuasa.




Gambar ehsan Facebook VAT69

Teman menyokong penuh usaha pihak berkuasa dalam memerangi kumpulan kongsi gelap ini. Syabas kepada pihak PDRM. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung jawab, sama-samalah kita menyokong usaha pihak PDRM dalam membenteras kegiatan jenayah ini. Harapan teman, semoga Malaysia akan kekal aman dan rakyatnya hidup bersatu dan hormat menghormati diantara satu sama lain.

2 comments :

  1. geng satu hati pun ade ek...itu geng jiwang ker???hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. nape lah geng melayu sikit.memang melayu yg kene pijak.spatutnye melayu yg bnyak

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...