Thursday, August 1, 2013

Petua : Menghilangkan keputihan

Petua kali ini adalah berkenaan masalah yang kebiasaanya dialami oleh golongan wanita, masalah keputihan. Golongan wanita disaran mengamalkan petua ni. Petua nie teman dapat melalui pembacaan, tapi teman tak ingat majalah apa yang teman baca hari tu.
 

Gambar ehsan Google

Petua nie amat mudah diamalkan. Kome hanya perlu dapatkan secekak daun pegaga bersama akarnya. Daun pegaga nie mudah tumbuh. Boleh juga ditanam didalam pasu. Berbalik kepada petua tadi, daun pegaga bersama akarnya itu perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian direbus didalam periuk. Airnya cukuplah sekadar untuk merebus. Setelah mendidih, masukkan sedikit garam. Sejukkan.

Air rebusan ini digunakan untuk mencuci bahagian intim wanita. Lakukan tiga kali seminggu. Selamat mencuba!

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...