Tuesday, July 2, 2013

Tips melayan isteri

Sharing is caring kan... so, teman cuma nak kongsikan ilmu yang ada. Tetapi tips ini hanya untuk mereka yang sudah berkahwin saja tau.... Yang tak kahwin lagi tu... pergi cari calon suami atau isteri... yang dah ada calon tu... tunggu apa lagi, cepat-cepat la masuk meminang... Jangan tunggu lama-lama... rugi tau... :d


Tips nie kena dengan time gini...time masing2 dah ngantuk nak tidur...

  1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….
  2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you lebih mudah.
  3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.
  4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.
  5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…
  6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.
  7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.
  8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan, dada atau bahu anda. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.


Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.

2 comments :

  1. wah! Izni, this is good entry la...
    bile baca cam ade sentapan sikit, hehehe...
    pepaham je le.. since dah ade twin ni..huhu..hubungan tu cam suam suam kuku..kene perbaiki la pas ni.. disampin tu mohon pada Allah swt, moga jodoh kita kekal berpanjangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe... Teman faham, bila sudah dikurniakan anak, masa isteri lebih tertumpu pada anak... mana lagi nak uruskan rumah tangga... Suami, perlu bertolak ansur juga dalam hal nie... Bantu lah apa yg boleh dibantu... kan mesra gitu...

      Satu tips lagi nak share, jangan biarkan suami terabai... kalau boleh, segala aktiviti libatkanlah suami... cari lah masa untuk bersama suami...

      Delete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...