Thursday, July 11, 2013

Petua : Menghalau nyamuk

Nyamuk... Mesti semua orang pernah digigit nyamuk kan... Bila nyamuk gigit, mesti gatal-gatal kan... Nyamuk juga boleh membawa penyakit seperti demam denggi. Bahaya kepada manusia kalau tidak diatasi masalah nyamuk nie.



Hari nie, teman nak kongsikan satu petua untuk menghalau nyamuk. Ini adalah pilihan alternatif jika kome tak ada pilihan lain. Sekurang-kurangnya, kehadiran nyamuk ini dapat dikurangkan dengan petua nie.

Petua nie mudah sahaja jika hendak diamalkan diwaktu kecemasan. Kome hanya perlu dapatkan beberapa helai daun limau. Tak kisah limau jenis apa, janji daun limau segar.


Daun-daun limau ini kemudiannya ditumbuk sehingga hancur dan diletakkan ke dalam bekas dan kemudian diletakkan di kawasan yang dikenal pasti terdapat nyamuk bersembunyi.

Gambar ehsan Google

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...