Wednesday, July 31, 2013

Makan dalam tandas

Sekarang nie tengah hot isu berkenaan makan dalam tandas di Sekolah Kebangsaan Sri Pristana, bersebelahan dengan Saujana Utama Sungai Buluh. Ada juga kanak-kanak dari Saujana Utama bersekolah disini. Entry hari nie bukanlah hendak bercerita berkenaan isu ini yang mana faktanya telah diselewengkan oleh penggadu menerusi FB nya serta ada juga blogger yang tanpa usul periksa turut memaparkan isu ini.


Hari nie teman nak kongsikan satu lagi cerita makan dalam tandas. Kali nie memang betul-betul mereka makan dalam tandas. Hari sabtu yang lepas, teman berkunjung ke Jusco Bukit Tinggi. Temankan isteri shopping persiapan raya. Biasalah kan dah lama-lama tu terasa nak terkucil. Teman pun pergi lah ke tandas yang terletak di ground floor tu. Kat situ tandasnya ada tiga jer. Semuanya bertutup rapat. Lama juga teman berdiri di luar tu menunggu. Hampir 15 minit jugak lah. Kemudian salah satu pintu tandas tu terbuka dan keluar la satu mamat tu dan terus berlalu.

Teman pun masuk untuk melepaskan hajat. Tetiba terpandang kat bahagian atas pam air tu satu tin coke dan plastik bungkusan roti. Aik... tak kan lah sanggup makan dalam tandas kot... Nie mesti kerja mereka yang tidak berpuasa.... Sanggup juga mereka nie makan dalam tandas yer...

Maaf la yer, teman tak ambil gambarnya sebagai bukti... tak kan lah nak ambik gambar dalam tandas kot... apa ke hei.... :d

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...