Tuesday, July 16, 2013

Kemalangan di SU3

Kejadian nie berlaku pada hari Jumaat lepas (12 July). Masa hari kejadian, teman idak la perasan adanya kemalangan kenderaan sehingga merempuh tembok rumah. Malam tu, lepas balik dari solat terawih, saja la bukak FB teman tu... Maklum lah, dah bersawang dan lama benor tak bukak FB. Teman nie memang jarang sangat online kat FB nie. So sesaja tengok apa yang ada. Tetiba pada entry Persatuan Penduduk Saujana Utama 4 ada update pasal kemalangan nie. Tengok la kereta nie. Macam mana lah agaknya boleh merempuh tembok rumah orang. Pada hal, laluan tu ada banyak bonggol untuk memperlahankan kenderaan.


Gambar ehsan : FB Komuniti Saujana Utama 3

Siap melompat masuk dalam rumah. Pada hal, sebelum longkang tu ada tembok kecil. Mungkin pemandu nie kelangkabut untuk mengelak sesuatu dan tersalah pijak pedal minyak yang di sangkakan pedal brek. Nasib baik tak ada sesiapa pun yang cedera. Apa pun, kemalangan telah pun berlaku. Lain kali kena lebih berhati-hati.

Pssst... Teman cuma kesiankan tuan rumah nie... kena pulak repair temboknya yang pecah.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...