Monday, June 10, 2013

Plat condong

Dulu teman buat entry cerita berkenaan plat kereta nie untuk mengelak saman AES. Klik disini kalau kome nak membacanya. Hari nie, teman nak buat entry berkenaan plat kereta juga. Tapi idak lah secanggih plat kereta dalam entry cara mengelak saman AES tuu.

Kali nie, plat kereta yang teman nak kongsikan disini adalah plat kereta statik. Tak ada apa yang canggih pun. Cuma setakat aksesori kereta yang biasa jer. Pada pendapat teman, pemasangan nombor plat macam nie mengundang saman pihak JPJ saje. Apa ke tidaknya, cuba kome tengok.




Macam mana agaknya nak baca nombor plat kereta nie dari hadapan. Teman tengok sendiri pun tak berapa jelas. Terlampau condong sangat. Kalau menirap kat depan tu boleh la bacanya.

Teman ada la juga tengok kereta lain di pasang dengan nombor plat macam nie. Tapi idak la condong sangat, sampai nak tengok nombor platnya pun susah.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...