Sunday, June 30, 2013

Kuliah : Jangan tinggal solat



Saturday, June 29, 2013

Kuliah : Bahaya fitnah

Kuliah : Duduklah dahulu setelah selesai solat

Friday, June 28, 2013

Logo halal, tak semestinya halal

Bukan semua logo HALAL adalah halal. Kita dapat lihat pelbagai logo halal yang digunakan. Kome boleh baca entry terdahulu berkenaan logo halal disini. Klik disini untuk membaca entry berkenaan pihak yang berwajib melaksanakan undang-undang berkenaan produk halal.  Sampaikan teh tarik berperisa BABI pun ada logo halal juga. Klik disini untuk membacanya.

Macam mana agaknya logo halal yang sebenarnya? Ini la logo halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM.


Thursday, June 27, 2013

Petua : Untuk tumit kaki cantik

Bahagian kaki selalunya kita terlepas pandang dan mengabaikan aspek penjagaannya. Kali ini, teman akan kongsikan satu petua untuk mendapatkan tumit kaki yang cantik. Kebiasaannya bahagian tumit kaki akan diliputi dengan kulit yang keras dan kesan rekahan. 


Gambar ehsan : Google

Teman akan kongsikan petua untuk menghilangkan kesan rekahan ini. Bahan yang diperlukan adalah;

  • 5 biji buah kedondong (dihiris)
  • 2cm kunyit hidup
  • Beberapa helai daun sirih



Gambar ehsan : Google

Caranya mudah saja. Tumbuk sehingga hancur halus kunyit hidup bersama dengan hirisan buah kedondong. Kemudian, letakkan bahan yang sudah ditumbuk diatas daun sirih dan lipatkan. Layurkan lipatan daun sirih tersebut diatas api perlahan (kecil). Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Biarkan selama 15 minit hingga setengah jam. Amalkan sekali seminggu.

Selamat mencuba!

Wednesday, June 26, 2013

Jerebu di sekitar Bangsar

Gambar ini diambil pada 25 June, 2013. Keadaan masih lagi teruk berjerebu. Gambar ini diambil sekitar pukul 7 pagi.



Gambar ini pula di ambil sekitar pukul 2 petang. Banyak bangunan tinggi masih lagi diliputi jerebu tebal.


Tuesday, June 25, 2013

Jerebu montok

Isu jerebu nie semakin hangat sekarang nie... Kuala Lumpur sudah bertukar menjadi seperti Cameron Highland pulak... bukannya dipenuhi kabus dingin... tetapi jerebu, akibat kebakaran hutan di Indonesia. Akibat dari masalah jerebu nie, timbul pula masalah kesihatan akibat menghirup udara yang tidak segar.

Tetapi sedarkah kita, padangan mata kita memang sudah lama di cemar jerebu-jerebu montok... Mulut dan hidung ditutupi untuk menghalang menghirup udara kotor. Tapi sedarkah kita anggota badan yang perlu ditutup tetapi tidak pula ditutup dan mencemari pandangan mata.... Teman sekadar berkongsi... renung-renungkan

Monday, June 24, 2013

Muncul kembali

Setelah hampir 3 bulan menghilang, akhirnya Nuffnang CPUV muncul kembali. Walau pun hanya sebiji yang menempek, tapi ok lah tu dari tiada langsung. Harap-harap selepas ini akan ada lagi CPUV lain yang datang menyinggah.


Hari pertama masuk pun dah ada 0.09 running dah... Kira OK la tu... Syukran...

Sunday, June 23, 2013

Kuliah : 13 'T" To Strengthen Your Marriage

Just sharing some tips how to strengthen your marriage. I hope, this will benefit to others. Thanks for my.youngkhalifah facebook for sharing this with us.

Saturday, June 22, 2013

Kuliah : Dosa tersembunyi dari kamera

Sebagai pedoman bersama. Kadang-kadang kala, kita sangat gemar mengambil gambar untuk dikongsikan pada tatapan umum dengan mengunakan media sosial seperti Facebook, Google +, blog dan sebagainya. Tanpa disedari kita telah pun melakukan dosa. Bagaimana ini terjadi? Ikutilah illustrasi dibawah.

Friday, June 21, 2013

Wordless : Pantai Geting, Tumpat, Kelantan

Ini adalah antara aktiviti masyarakat tempatan di Pantai Geting. Membuat dan bermain wau.



Spotted : PCT 4

Menarik. Semasa drive semalam teman terserempak dengan Mercedes S300 nie. Cantik no platnya PCT 4. Just nice untuk kereta mewah macam nie.


Pssst... Teman nie setakat berkongsi saja la... Kalau kome ada peluang untuk memilih nombor plat kereta kome, apa nombor pilihan kome yer?

Thursday, June 20, 2013

Petua : Untuk mengekalkan cili merah sentiasa segar

Petua kali ini, teman akan kongsikan untuk kegunaan di dapur. Cili atau lada adalah antara bahan yang perlu ada di dapur. Masalahnya, cili ini jika disimpan agak lama kesegarannya akan berkurangan.



Gambar ehsan : blogger riverorchagro

Petuanya mudah sahaja. Kome perlukan bekas yang kedap udara atau pun plastik yang kedap udara. Masukkan cili ini ke dalam bekas atau plastik kedap udara dan simpan seperti biasa.

Cili atau lada akan kekal segar dan tahan lebih lama sehingga tiga atau empat minggu tanpa layu. Petua ini boleh juga di gunakan untuk menyimpan sayur-sayuran lain dan juga buah-buahan.

Selamat mencuba dan jangan lupa tinggalkan komen kome setelah mengunakan petua nie.

Petua : Luruskan rambut secara semula jadi

Ramai wanita yang sukakan rambut panjang dan lurus. Bagi wanita yang berambut kerinting, mereka guna teknik rebonding untuk meluruskan rambut mereka. Kebanyakkan rawatan rebonding yang digunakan adalah mengunakan bahan kimia untuk meluruskan dan melicinkan rambut. Hari ini teman nak kongsikan satu petua tradisional di mana orang melayu dulu-dulu mengunakannya untuk meluruskan rambut mereka.

Gambar ehsan : Google

Antara bahan yang digunakan dalam petua ini ialah dua biji telur dan sedikit tepung gandum. Caranya mudah sahaja. Campurkan bahan-bahan ini dan bancuh sehingga menjadi pes. Dah siap. Mudahkan.

Macam mana nak gunakan? Mula-mula kome lembabkan rambut kome dengan air. Kemudian lumurkan bancuhan itu pada keseluruhan rambut. Sikat rambut menjadi lurus dan biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu.

Murahkan jika dibanding buat rawatan rambut... Ok, Selamat mencuba! Tinggal lah komen kalau dah cuba petua nie :d

Monday, June 17, 2013

Recycle tayar kereta

Pernah tak tengok perhiasan macam nie. Tak sangka la pulak teman, ianya dibuat dari sebiji tayar kereta. Kalau tahu, buat sendiri pun boleh. Bukannya susah sangat pun. Cuma balut je tayar tu dengan tali. Kemudian sapu jer coated atau cat mengikut kegemaran masing-masing. Mudahkan! Tak payah membazir. Kalau kena gayanya, boleh buat duit :d



Sunday, June 16, 2013

Kuliah : Hukum makan najis dan perut ikan

Pagi ini teman hendak berkongsi berkenaan persoalan hukum memakan najis dan perut ikan kembung rebus atau ikan bilis.



Gambar ehsan : Google
Soalan
Assalamuaikum Ustaz,
Baru-baru ini saya menerima satu artikel dari forumer ingatan@yahoogroups.com menyatakan bahawa haram memakan ikan yang direbus/digoreng yang tidak disiang (dibuang isi perutnya). Dengan jelas sekali dalam artikel tersebut, saudara tersebut menyatakan hukum itu terguna pakai untuk ikan bilis sekali.

Ini amat baru bagi saya. Dan sememangnya saya jahil tentang ini. Sebelum saya menwar-warkan kepada rakan-rakan yang lain, saya ingin kepastian tentang hukum. Mungkin ini di luar bidang kuasa ustaz, tetapi saya amat hargai sekiranya ustaz dapat mencari sumber-sumber dari jemaah lain yang boleh membantu menyelesaikan permasalahan ini. Saya kira, ramai di forum zaharuddin.net ini berminat untuk mengetahui kerana rata-rata, nasi lemak yang kita makan menggunakan ikan bilis yang tidak dibuang perutnya.

BabyMerc 5727


Jawapan

Wa'alaikumussalam,
Dari banyak-banyak isu dalam dunia ni yang besar-besar, isu begini juga yang menjadi kegemaran umat Islam hari ini. Wallahu ‘alam. Pada mulanya saya tidak berminat menjawab, tetapi kerana ramai pula yang menjadi keliru kerana pelbagai ‘fatwa' dibuat oleh orang awam. Maka saya luangkan beberapa minit menjawabnya.

Islam berada di antara suatu faham kebebasan soal makanan dan extrimis dalam soal larangan. Oleh karena itu Islam kemudian mengumandangkan kepada segenap umat manusia dengan mengatakan:

"Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu." (al-Baqarah: 168)

Selanjutnya mengumandangkan seruannya kepada orang-orang mu'min secara khusus.
Firman Allah:

"Hai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari apa-apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta bersyukurlah kepada Allah kalau betul-betul kamu berbakti kepadaNya. Allah hanya mengharamkan kepadamu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya, karena sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih." (al-Baqarah: 172-173)

Point : Perut ikan tak termasuk dalam bab bangkai yang diharamkan dan jikalau ia mempunyai najis, ia adalah terhasil dari makanan ikan yang juga harus, justeru ia adalah harus di makan (bagi sesiapa yang nak makan le).

Makanan kedua yang diharamkan ialah darah yang mengalir. Ibnu Abbas pernah ditanya tentang limpa (thihal), maka jawab beliau: Makanlah! Orang-orang kemudian berkata: Itu kan darah. Maka jawab Ibnu Abbas: Darah yang diharamkan atas kamu hanyalah darah yang mengalir.
  
Maka perut ikan dan najisnya juga tak termasuk dalam bab ini.

Rasulullah s.a.w. ketika ditanya tentang masalah air laut, baginda menjawab:
"Laut itu airnya suci dan bangkainya halal." (Riwayat Ahmad dan ahli sunnah)

Dan firman Allah yang mengatakan:
"Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanannya." (al-Maidah. 96)

Umar r.a berkata: Yang dimaksud shaiduhu, iaitu semua binatang yang diburu; sedang yang dimaksud tha'amuhu (makanannya), iaitu barang yang dicarinya.

Dan kata Ibnu Abbas pula, bahawa yang dimaksud ‘thaamuhu', iaitu bangkainya. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Jabir bin Abdullah diceriterakan, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengirimkan suatu angkatan, kemudian mereka itu mendapatkan seekor ikan besar yang sudah menjadi bangkai. lkan itu kemudian dimakannya selama 20 hari lebih.

Setelah mereka tiba di Madinah, diceriterakanlah hal tersebut kepada Nabi, maka jawab Nabi:

"Makanlah rezeki yang telah Allah keluarkan untuk kamu itu, berilah aku kalau kamu ada sisa. Lantas salah seorang diantara mereka ada yang memberinya sedikit. Kemudian Nabi memakannya." (Riwayat Bukhari)

Tiada pun diarahkan oleh Nabi untuk membuang perut atau najis ikan itu terlebih dahulu.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi Menyebut (Al-Halal wal Haram Fil Islam) :
Binatang laut iaitu semua binatang yang hidupnya di dalam air. Binatang ini semua halal, didapat dalam keadaan bagaimanapun, apakah waktu diambilnya itu masih dalam keadaan hidup ataupun sudah bangkai, terapung atau tidak. Binatang-binatang tersebut berupa ikan ataupun yang lain, seperti: anjing laut, babi laut dan sebagainya. Bagi yang mengambilnya tidak lagi perlu diperbincangkan, apakah dia seorang muslim ataupun orang kafir.

Dalam hal ini Allah memberikan keleluasaan kepada hamba-hambaNya dengan memberikan perkenan (mubah) untuk makan semua binatang laut, tidak ada satupun yang diharamkan dan tidak ada satupun persyaratan untuk menyembelihnya seperti yang berlaku pada binatang lainnya. Bahkan Allah menyerahkan bulat-bulat kepada manusia untuk mengambil dan menjadikannya sebagai modal kekayaan menurut keperluannya dengan usaha semaksima mungkin untuk tidak menyiksanya.

Firman Allah:
"Dialah Zat yang memudahkan laut supaya kamu makan daripadanya daging yang lembut." (an-Nahl: 14)

"Dihalalkan buat kamu binatang buronan laut dan makanannya sebagai perbekalan buat kamu dan untuk orang-orang yang belayar." (al-Maidah: 96)

KESIMPULAN :
DARI SUDUT HUKUM, PERUT IKAN MALAH NAJISNYA ADALAH PERKARA YANG DIDIAMKAN HUKUMNYA OLEH ALLAH DAN RASULNYA, Natijahnya, hukumnya akan mengikuti hukum dagingnya sebagaimana dalil di atas, iaitu harus untuk dimakan bersekali dengan dagingnya.
Bagaimanapun, jika adat dan sains mendapati ianya tidak baik untuk kesihatan manakala adat mendapatinya sebagai kotor dan kurang elok. Maka adalah baik untuk menjauhinya. Kepala ikan pun sebenarnya nampak macam kotor dan mengerikan, tapi ramai orang suka makan kari kepala ikan, cuma saya belum pernah dengar kari perut ikan sahaja.

Justeru itu, dalam bab perut dan najis ikan bilis, ia isu yang sangat kecil dan ia adalah harus, siapa nak buang pun tiada masalah, siapa yang termakan atau memang nak makan pun tiada masalah. 

Saturday, June 15, 2013

Kuliah : Sebab berlakunya penceraian

Entry kuliah kali ini sekadar berkongsi dan semoga menjadi iktibar buat semua.


Friday, June 14, 2013

Short Video : Iklan Mc Donald yang tak boleh tahan

Nie iklan McD ke atau iklan cara-cara nak hapuskan isteri anda. Atau pun saja nak tunjukkan McD tu sangat best... sangat mengujakan... Sengat sodap... sehingga ikan pun tak akan lepaskan McD tu... hehehehehehe... Saja entry sekadar hiburan di pagi Jumaat nie.


Thursday, June 13, 2013

Petua : Untuk melembutkan daging

Kali nie teman nak kongsikan satu petua masakkan berkaitan daging. Kadang kala apabila memasak daging, kita mengalami masalah daging yang dimasak sukar empuk.


Jangan risau, teman ada jalan penyelesaiannya. Mudah sahaja caranya. Kome hanya perlukan secawan air kelapa. Mula-mula, rebuskan daging berkenaan dengan secawan air kelapa. Rebus sehingga empuk. Jumlah air kelapa bergantung kepada banyaknya daging yang kome masak. Kalau banyak dagingnya, lebihkan air kelapa tersebut.


Selepas daging tersebut empuk, boleh la kome memasak daging tersebut mengikut kehendak masakan kome. Selamat mencuba!

Petua : Rahsia kulit tegang

Kulit berkedut selalunya menjadi kerisauan kebanyakkan orang, terutamanya bagi wanita yang berada di pertengahan usia. Pastinya bimbang dengan kehadiran kedut di wajah. Usah risau. Kali ini teman akan kongsikan satu petua, jika diamalkan kome boleh melewatkan penuaan dengan petua ini.



Kome hanya perlukan bahan-bahan yang disenaraikan dibawah ini;

  • Sebatang lobak merah (di parut)
  • Satu sudu tepung jagung
  • Sebiji kuning telur



Gambar ehsan : Google

Caranya mudah sahaja. Lobak merah itu hendaklah diparut halus. Kalau hendak dikisar, pastikan tidak dicampur air. Campurkan ke semua bahan diatas. Gaulkan sehingga sebati dan kemudian, sapukan pada keseluruhan wajah serta leher sebagai masker. Biarkan sehingga kering selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Amalkan selalu.

Selamat mencuba!

Tuesday, June 11, 2013

Wordless : Pejabat KWSP, Petaling Jaya


Untuk mereka yang ada urusan KWSP, teman kongsikan koordinat GPS seperti bawah ;

3.109642,101.653372

Kedudukannya adalah bersebelahan dengan lebuhraya Persekutuan.


View Larger Map

Monday, June 10, 2013

Plat condong

Dulu teman buat entry cerita berkenaan plat kereta nie untuk mengelak saman AES. Klik disini kalau kome nak membacanya. Hari nie, teman nak buat entry berkenaan plat kereta juga. Tapi idak lah secanggih plat kereta dalam entry cara mengelak saman AES tuu.

Kali nie, plat kereta yang teman nak kongsikan disini adalah plat kereta statik. Tak ada apa yang canggih pun. Cuma setakat aksesori kereta yang biasa jer. Pada pendapat teman, pemasangan nombor plat macam nie mengundang saman pihak JPJ saje. Apa ke tidaknya, cuba kome tengok.




Macam mana agaknya nak baca nombor plat kereta nie dari hadapan. Teman tengok sendiri pun tak berapa jelas. Terlampau condong sangat. Kalau menirap kat depan tu boleh la bacanya.

Teman ada la juga tengok kereta lain di pasang dengan nombor plat macam nie. Tapi idak la condong sangat, sampai nak tengok nombor platnya pun susah.

Sunday, June 9, 2013

Kuliah : 7 type of people that will obtain the shade of Allah

Esok dah start sekolah daa...

Kuliah : Tips melawan hawa nafsu

Bagaimana hendak melawan hawa nafsu? Disini teman kongsikan satu tips yang boleh diamalkan untuk mengawal dan melawan hawa nafsu.

Saturday, June 8, 2013

Kuliah : Hikmah memberi salam

Kuliah : Doa Mengelak Suami Isteri Berkelahi


Kuliah : 7 things to do in times of hardship

Friday, June 7, 2013

Spotted : PHH 5213

MYVI berwarna pink yang superb external design nya. Siapa lah agaknya tuan punya MYVI pink yang bernombor plat PHH 5213 nie... Adakah tuan punya nya lelaki atau perempuan? mmm...





Wordless : Pasar pagi, Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan

Somtam di pasar pagi Kok Lanas.




Thursday, June 6, 2013

Petua : Mengilatkan cermin

Rumah moden sekarang nie banyak yang mengunakan cermin. Memang nampak cantik. Selain dari itu, cermin juga banyak digunakan dalam hiasan dalaman. Teknik pengunaan cermin ini digunakan supaya ruang di dalam rumah nampak lebih luas lagi. Cermin ini perlu dijaga, jika tidak banyak habuk melekat atau pun kesan-kesan jari atau kotoran melekat di cermin.




Hari ini, teman akan kongsikan satu petua bagaimana hendak membersih dan mengilatkan cermin. Caranya mudah sahaja. Bahan yang diperlukan hanyalah satu sudu cuka dan dimasukkan ke dalam bekas penyembur yang berisi air.


Gambar ehsan : Google

Semburkan cermin dengan air tersebut dan lap dengan kain lembut yang tidak berbulu. Hasilnya cermin akan bersih dan berkilat.

Rajin-rajin tinggalkan komen setelah kome mencubanya. Selamat mencuba! 

Sunday, June 2, 2013

Kuliah : Surah Al-Kurshi



Kuliah : Al-Fatihah (Terjemahan)

Kuliah : Doakan anak ketika anak sedang tidur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...