Thursday, May 23, 2013

Petua : Serbuk kopi untuk mengelakkan kulit melepuh / melecur

Hari ini teman nak berkongsi satu petua mengelakkan kulit melepuh atau pun melecur. Petua sudah diamalkan oleh orang-orang tua dulu. Jika terkena air panas, pasti kita risau. Manakan tidak, kesan melecur pasti meninggalkan kesan parut pada bahagian tubuh. Jangan risau. Teman akan kongsikan petua untuk mengatasi masalah ini.

Anda hanya perlukan serbuk kopi sahaja. Tak kisah lah serbuk kopi jenama apa. Janji serbuk kopi.


Gambar ehsan : Google

Caranya mudah sahaja. Jika anda terkena air panas, ambil serbuk kopi dan tempekkan serbuk kopi tersebut pada bahagian berkenaan serta merta. Buat seketika, anda akan berasa pedih sedikit. Selepas 10 minit, bersihkannya. Anda akan dapati kulit anda tidak melecur atau melepuh.

Selamat mencuba! Berhati-hati lah semasa anda didapur.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...