Thursday, May 2, 2013

Petua : Rahsia tubuh langsing

Teman lihat, sekarang nie ramai benor golongan wanita ingin tubuh yang langsing dan menawan. Seksi la kot... :d


Disebabkan nak kelihatan langsing, macam-macam produk yang mereka gunakan. Hasilnya, entah lah, hanya mereka yang tahu... Berbalik kepada entry teman hari nie, juga adalah berkenaan tubuh langsing. Macam mana yer. Nie ada satu petua. Mudah sahaja. Tak payah nak berbelanja besar beli produk-produk pelangsingan badan tu. Apa yang perlu untuk amalkan petua nie, cuma dapatkan bahan-bahan dibawah nie;


  • 2 biji lobak merah
  • Sebiji timun segar
  • Sebiji limau nipis



Gambar ehsan Google.

Caranya, kisar lobak merah dan timun segar untuk mendapatkan airnya. Kemudian, dicampur dengan perahan air limau nipis.

Amalkan meminumnya setiap pagi dan malam setiap hari. Mudahkan.

Semoga perkongsian ini membawa manafaat kepada kome yang mempraktikkannya.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...