Thursday, March 21, 2013

Petua : Menyimpan kentang supaya tahan lama dan segar

Hari nie teman kongsikan satu petua untuk kegunaan di dapur. Ubi kentang, antara bahan masakkan yang kebiasaannya ada didapur. Kentang selalu menjadi pilihan sebagai lauk segera kerana ia boleh disimpan dalam jumlah yang banyak dirumah. Ia boleh digoreng garing dan dijadikan sambal tumis bersama ikan bilis, boleh juga di campur dalam masakkan kari, gulai lemak atau dimasak bersama ikan sardin.



Gambar ehsan : Simplyaboutlife

Namun sekiranya disimpan terlalu lama, kentang akan menjadi layu. Sebab itu teman akan kongsikan petua nie macam mana nak menyimpan kentang dengan baik supaya tahan lebih lama.


Gambar ehsan : Oldtraffords

Mula-mula, semasa kita membeli ubi kentang itu, pilih lah ubi kentang yang segar dan dalam keadaan baik. Kemudian, rendamkan kentang tersebut didalam air panas. Sekejap jer tau, jangan direndam lama sangat. Selepas tu, angkat dan keringkan ubi kentang itu. Simpan seperti biasa.

Insyaallah, ubi kentang itu akan segar meski pun telah disimpan lama.

Selamat mencuba!

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...