Sunday, March 31, 2013

Kuliah : Doa keluar rumah

Saturday, March 30, 2013

Kuliah : Fadhilat solat

Thursday, March 28, 2013

Petua : Penawar sakit tekak

Teman pasti ramai pernah mengalami sakit tekak. Hari nie teman hendak kongsikan satu petua merawat sakit tekak. Caranya mudah sahaja. Bahan yang diperlukan untuk petua nie hanyalah beberapa keping asam keping.



Caranya begini. Asam keping ini perlulah dibakar sehingga menjadi hangus. Kemudian tumbuk sehingga hancur dan gaulkan dengan sedikit air sirih.

Cara mengunakannya. Kome perlu sapukan campuran ini pada bahagian tekak kome. Itu saja. Amalkan beberapa kali sehingga sakit tekak kome pulih.

Wordless : 28 March 2013

Monday, March 25, 2013

Tapir di jalan Batu Arang

Sejak berpindah di Saujana Utama Sungai Buluh selalu jugak la teman mengunakan laluan jalan Batu Arang nie. Tahun nie baru teman perasan adanya sign board nie. Memang teman tahu, kawasan Bukit Cerakah nie kawasan hutan simpanan. Tapi tak pernah pulak teman terserempak dengan haiwan-haiwan liar nie. Setakat monyet dok beratur tepi jalan untuk melintas tu adalah. Tapi haiwan besar macam tapir nie, tak pernah jumpa la pulak. Setakat tengok kat Zoo Negara jer...





Saja nak tahu lebih lanjut... Teman pun try la tanya dengan Pak cik Google nie... memang betul ada tapir la... Dalam bulan February lepas (26 Feb - mengikut laporan Utusan Malaysia)... Klik disini untuk membacanya lebih lanjut.

Kesiankan tapir tu mati di langgar. Mungkin orang yang melanggarnya tak sengaja. Nie gambar yang teman ambik dari blog ezli.







Kesian kan tapir nie... Dimaklumkan tapir nie jantan. Teman pasti adanya tapir betina dikawasan ini... Mungkin juga adanya kumpulan kecil tapir nie di Hutan Simpan Bukit Cerakah. Teman lihat kebelakangan nie, banyak pembangunan di sepanjang jalan Batu Arang nie. Mungkin juga hutan simpanan Bukit Cerakah ini telah di ceroboh, menyebabkan haiwan liar ini terpaksa berhijrah dari kawasan mereka untuk mencari kawasan baru.

Sunday, March 24, 2013

Kuliah : Doa anak cerdik

Saturday, March 23, 2013

Chevrolet Camaro Z

Superb kan kerena nie... Chevrolet Camaro Z, antara model series terbaru keluaran Chevrolet.

Earth Hour Comes Again

Earth Hour 2013... Jom sama-sama kita raikannya dengan menutup lampu dari pukul 8.30 malam sehingga 9.30 malam ini. Semoga dengan komitmen kita semua dapat mengurangkan serta menjimatkan pengunaan sumber tenaga elektrik dan pemanasan global. Selamatkan Dunia Kita!



Gambar ehsan Google.

Kuliah : Doa pagi Jumaat

Friday, March 22, 2013

Save Palestine

Racun pada rokok

Sedap sangat ke merokok tu... bau asapnya pun dan buatkan teman loya dan nak muntah... bila tengok gelagat orang merokok... kadang-kadang tu kelakar juga... ada yang gaya macam exzos kereta... dan yang paling banyak sekali gaya treller atau lori sampah tu... :)


Apa yang depa berkenan sangat pada rokok tu...? Setakat hisap hembus... bukannya kenyang pun... :) Makan asap jer... Majlis Fatwa Kebangsaan dah pun mengharamkan rokok... Tapi, orang Islam masih lagi menghisap rokok... Selamba jer... Buat tak tahu jer hukum hakam tu...

meh kita tengok apa yang sedap sangat pada rokok tu...


Tu dia... patut la depa suka rokok... ada beteri rupanya kat dalam rokok tu... mungkin bateri tambah hayat kot... :)

Kalau tak ada duit, boleh buat rokok sendiri kat rumah... ramuan-ramuannya pun boleh di beli sendiri...

Toilet cleaner - teman pasti setiap rumah ada pencuci tandas tuu
Cat - Boleh beli kat kedai hardware...
Carbon Monoxide - boleh dikikis kan exzos kereta atau exzos moto
Nicotine - Boleh ambik kat penyembur serangga tu... tak kisah la untuk lalat, lipas atau nyamuk... janji racun serangga...
Lilin - boleh beli kedai runcit...
Arsenic - leh amik kulit udang... keringkan lepas tumbuk sehingga lumat... kalau nak power leh beli arsenik kat kedai hardware... bayak sekali arsenik kat Roundup.
Methanol - minyak untuk roket... Minyak kereta RC pun boleh laa guna untuk campur sekali...
Methane - nie bahan kimia... susah sket nak dapatkkannya... tapi tak apa la, minyak roket atau minyak kereta RC tu dah ada bahan nie... Celupkan jer...

mmm... tengok bahan-bahannya pun dah tak selera... Tapi, orang-orang yang merokok tu bernafsu betul belasah benda-benda nie...

Meh kita tengok orang paling muda sekali hisap rokok nie...




Gambar ehsan : Google

Boleh lah nanti anak-anak perokok tu mewarisi perangai dan gaya-gaya ibubapa mereka yang merokok... :)

Sama-sama lah kita renungkan... 

Menarik untuk ditonton. Klik disini untuk melihat iklan anti merokok.


Thursday, March 21, 2013

Petua : Menyimpan kentang supaya tahan lama dan segar

Hari nie teman kongsikan satu petua untuk kegunaan di dapur. Ubi kentang, antara bahan masakkan yang kebiasaannya ada didapur. Kentang selalu menjadi pilihan sebagai lauk segera kerana ia boleh disimpan dalam jumlah yang banyak dirumah. Ia boleh digoreng garing dan dijadikan sambal tumis bersama ikan bilis, boleh juga di campur dalam masakkan kari, gulai lemak atau dimasak bersama ikan sardin.



Gambar ehsan : Simplyaboutlife

Namun sekiranya disimpan terlalu lama, kentang akan menjadi layu. Sebab itu teman akan kongsikan petua nie macam mana nak menyimpan kentang dengan baik supaya tahan lebih lama.


Gambar ehsan : Oldtraffords

Mula-mula, semasa kita membeli ubi kentang itu, pilih lah ubi kentang yang segar dan dalam keadaan baik. Kemudian, rendamkan kentang tersebut didalam air panas. Sekejap jer tau, jangan direndam lama sangat. Selepas tu, angkat dan keringkan ubi kentang itu. Simpan seperti biasa.

Insyaallah, ubi kentang itu akan segar meski pun telah disimpan lama.

Selamat mencuba!

Tuesday, March 19, 2013

Terima kasih Pak Cik Nuffnang

Actually, nie adalah pengeluaran tabung Nuffnang teman hujung tahun 2012 hari tu. Teman withdraw 28 Disember 2012. Sebulan lebih jugak la menunggunya. Awal bulan March hari tu baru dapat. Nie adalah pengeluaran yang ke tiga, sejak teman mula berjinak-jinak dengan dunia blogging dan Nuffnang nie.




Apa pun, terima kasih ye Pak Cik Nuffnang.... Rajin-rajin la letak CPUV tu kat blog teman nie... :)

Spotted : JCC 9


Monday, March 18, 2013

Water heater kecemasan

Kadang-kala water heater menjadi keperluan utama keluarga. Tapi tak ramai juga yang mampu menyediakannya. Sebagai pilihan alternatif, ada juga mereka yang mengunakan cara nie. Tapi, teman tak pasti pula, jika lilin itu sekadar di gantung atau untuk memanaskan air yang keluar dari pancuran air paip tu.

Tapi, boleh juga lah digunakan kalau dah emergency tuu...




Berita WikiLeak

Dahulu kecoh pasal WikiLeak sehingga Julian Assange iaitu seorang warga Australia yang juga aktivis, editor, penerbit, journalist dan juga pengasas kepada WikiLeaks yang telah mendedahkan menyiarkan berita-berita sulit kepada umum melalui portalnya WikiLeaks.



Beliau kini berhadapan dengan pelbagai dakwaan disebabkan pendedahan tersebut. Antara yang mendapat perhatian antarabangsa adalah berkenaan kisah pencerobohan Amerika ke atas Iraq dimana tentera Amerika menyiksa tahanan dan membunuh mereka sesuka hati. Disebabkan pendedahan ini beberapa kes pendakwaan hukuman mahkamah telah dijatuhkan keatas persalah.

Umum mengetahui, beliau bertindak atas kesedaran dan tangungjawab sosial. Tapi bagaimana pula jika isu seperti dibawah nie? Isu pencerobohan Sabah oleh penganas Sulu.


Sama-samalah kita renungi dan fikir-fikirkan.

Sunday, March 17, 2013

Lawak pagi Ahad

Kuliah : Ayat mendapat zuriat

Saturday, March 16, 2013

Kuliah : Tangungjawab sebagai seorang anak

Friday, March 15, 2013

Surat dari pelajar untuk gurunya

Hari Jumaat nie... kena lah happy... meh kita baca surat pelajar nie untuk cikgu dia...



Wednesday, March 13, 2013

Suara Rakyat bagi Email SPAM

Pernah tak dapat email macam nie. Actually, teman tak pernah bukak email SPAM nie... menyusahkan jer... Nie email dari Suara Rakyat katanya la... nie email addressnya rakyat19@bersihpru13.com

Since tak dek virus or malware, teman open la attachement tu... teman share kat kome semua...


Lepas nie teman nak configure terus masuk junk mail. Tak dek keja lain selain memenuhkan mail box orang jer... Yang hairannya, mana dia dapat email address teman???

Sunday, March 10, 2013

Tips buat suami isteri

Kuliah : Doa Pelindung

Saturday, March 9, 2013

Short Video : Tell me why?

Jom layan short video nie... Hayati liriknya... 


Kuliah : Nasihat kepada ADAM dan HAWA

Friday, March 8, 2013

Spotted : BLE 5510 Satria NEO

Spotted kali ini menampilkan sebuah Satria NEO bernombor plat BLE 5510. Unikkan cara pemiliknya menyusun nombor plat. Tapi, teman tak tahu lah sama ada nombor plat sebegini mendapat kelulusan pihak JPJ atau tidak. Sekali baca nombor plat BLESSIO pun ada... :)




Thursday, March 7, 2013

Petua : Cuci barang kemas

Hari nie, teman kongsi petua menjaga barang kemas. Pasti ramai wanita mempunyai barang kemas. Barang kemas nie, kalau tidak dijaga dengan baik akan pudar warnanya. Untuk mengelak warnanya dari pudar, kita perlu lah menjaga dan membersihkannya.


Gambar ehsan blogger Andragogi08

Ada beberapa petua boleh diamalkan untuk menjaga barang-barang kemas nie. Anda hanya perlukan bahan-bahan seperti dibawah :

  1. satu serbuk daun teh
  2. sedikit asam jawa

Cara-caranya seperti dibawah :
Masukkan serbuk teh ini ke dalam air panas dan kacau sehingga kuning. Sapukan dan kemudian tapis. Setelah itu masukkan barang kemas ke dalamnya dan biarkan semalaman.

Keesokkan barulah barang-barang itu direndam dengan air asam jawa. Biarkan selama emapat jam. Setelah itu basuh dengan air biasa. Keringkan dengan kain bersih. Nah, ia akan kelihatan seperti baru dan berseri-seri. Cubalah!

Wednesday, March 6, 2013

Tribute to Inspector Zulkifli Mamat and VAT 69 team

Kenapa perlu bersedih... Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berbangga mempunyai anak muda bersemangat kental seperti allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat. Teman bukannya tidak mengiktiraf pengorbanan anggota keselamatan yang lain. Teman berbangga dan kagum diatas segala pengorbanan mereka. Sebab itu, kita perlu hargai segala pengorbanan mereka supaya ianya tidak sia-sia.

Jangan jadikan pengorbanan mereka sia-sia. Hargailah keamanan dan perpaduan yang kita miliki.



Gambar  ehsan FB VAT 69

Tuesday, March 5, 2013

Boleh ke?

Kali nie, teman saja nak cerita pasal tempat parking. Biasanya kalau soal parking nie, selalunya kereta dan motor jer... Tak pernah pulak ada tempat parking untuk kereta atau motor jenis tertentu saja.



Monday, March 4, 2013

Al-Fatiha buat perwira negara

Sejak negara kita digegarkan dengan pencerobohan penjenayah Sulu, negara kita kehilangan beberapa perwira yang gugur di medan pertempuran dalam mempertahankan negara kita. Berikut adalah pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dalam serangan hendap di Semporna.

Gambar Ehsan Utusan ONLINE


Malaysia telah kehilangan perwira yang berani mempertaruhkan nyawa mereka demi menjaga kedaulatan Malaysia. Keluarga mereka kehilangan anak, ayah yang di sayangi buat selama-lamanya. Mereka pergi tiada gantinya. Namun semangat dan pengorbanan mereka akan sentiasa mekar dan menjadi pembakar semangat buat perwira. Al-Fatiha!

Sunday, March 3, 2013

PM di Saujana Utama Sungai Buluh

Pagi semalam ada majlis bersantai bersama PM. Teman tak tahu apa lah yang diperkatakan dengan tepat. Pagi nie teman baca Utusan ONLINE, dan ada sisipan berita sempena kunjungan PM di Saujana Utama. Klik disini untuk membacanya. Kalau betul lah apa yang diperkatakan, alhamdulillah. Cuma tak tahu bila ianya menjadi kenyataan. So, penduduk Saujana Utama harap bersabarlah  ye...


Kuliah : Merawat diri dengan amalan Bismillah 5

Saturday, March 2, 2013

Serangan berdarah di Lahad Datu

Entry malam nie, teman nak share info yang diambil dari FB Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berikutan serangan penceroboh ke atas unit Komando VAT 69.


Sekitar majlis santai bersama PM di Saujana Utama Sungai Buluh






Gambar ehsan FB Saujana Utama Tiga.