Thursday, February 7, 2013

Petua : Menanggalkan kesan susu

Teman pasti ramai diluar sana berkeluarga dan mempunyai anak kecil yang masih menyusu mengunakan botol susu. Pasti pernah mengalami masalah untuk membersihkan botol susu tersebut dari kesan susu dan bau. Hari nie teman nak berkongsi satu petua untuk mengatasi masalah ini. Caranya mudah sahaja. Bahan yang di perlukan adalah garam yang biasa terdapat di dapur.




Gambar ehsan Google

Apa yang perlu ada buat hanyalah dengan memasukkan sedikit garam dan air kedalam botol susu tersebut. Kemudian goncangkan sehingga garam tersebut hancur. Kemudian, bersihkan botol susu tersebut seperti biasa. Cara ini juga boleh digunakan untuk membersihkan puting susu.



Gambar ehsan dari blogger Semuamolek.

Mudahkan. Selamat mencuba.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...