Thursday, January 10, 2013

Petua : Untuk menghalau tikus

Kali nie, teman nak kongsikan satu petua macam mana nak menghalau tikus. Kome ada masalah tikus tak... tikus nie, start masuk rumah, konfirm beranak pinak dia nanti. Mula-mula sekor, lepas tu start berfamily... lepas membiak bak menjadi satu koloni pulak...



Bahan yang diperlukan ialah daun pokok durian belanda... Buah durian belanda nie banyak khasiatnya. Klik link dibawah nie kalau nak membaca artikel mengenai khasiat buah durian belanda.

Durian belanda dan Kanser
Khasiat buah durian belanda


Gambar - ehsan Google

Caranya mudah sahaja. Apa yang perlu dibuat, ambil daun durian belanda yang segar tadi (masih hijau) kemudian letakkan ditempat-tempat yang biasa kome nampak tikus tu lalu. Letak la banyak-banyak sket. Kalau boleh, letak la lebih dari satu tempat. Baru lah berkesan sket. Sebenarnya, tikus-tikus nie tak suka bau daun durian belanda nie. Bila daun durian belanda nie dah kering. Kome gantikan lah dengan daun yang baru.



Lama-lama nanti, tikus-tikus tu semua akan cabut lari dari rumah kome. Baru lah aman bahagia.


Ok, selamat mencuba petua nie.

Klik disini untuk membaca petua rawatan sengatan serangga.

5 comments :

  1. pernah taruk daun ni untuk halau cik ti tu. bau daun dia memang busuk. sebab tu cik ti tak suka.

    tapi busuk lagi bau cik ti. huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang busuk ke daunnya tu... tak tau pulak teman...

      Delete
  2. Bau daun durian belanda memang busuk, tapi kenapa saya tak teringat tentang petua ni dulu...tapi lagi satu orang tua2 pesan jangan panggil nama dia 'tikus' sebaliknya gunakan nama manjanya bila menyeru ' Cik Siti ' - kalau tak nak rumah kena bahan dengan koloni ni. Tapi...kebetulannya mujarab. Bila dipanggil Cik Siti, rumah sebelah kena ambush, rumah sya tak pulak. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah jugak teman dengar orang-orang tua pesan macam tu. Katanya, kalau kita sebut "Tikus" makin menjadi-jadi dibuatnya... semakin banyak yang datang berkampung...

      Delete
  3. Salam cik. Mungkin saya boleh berkongsi satu cara untuk mengatasi masalah ni. Harap2 dapat membantu. Boleh guna menghakau tikus "produk rat repellent"dari Jepun ni. Produk ni mengeluarkan bau yang menyebabkan tikus menjadi tak selesa dan segera beredar. Yg penting murah, mudah, tak seksa binatang & tak perlu berhadapan dengannya. Kalau berminat cik boleh tengok website ni yg jual produk ni . http://www.tenringgitshop.com.
    Harap2 berjaya selesaikan masalah cik ya

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...