Wednesday, October 31, 2012

Wordless : KL Tower

Quadski Amphibious ATV

Biasanya kita tengok ATV kat daratan saja jer kan untuk ativiti off road, tak pernah pulak fikir ATV boleh belayar atas air. mmm... inilah inovasi namanya... Quadski Amphibious ATV nie adalah hasil inovasi  Gibbs Technologies yang merupakan perintis kepada teknologi amfibia berkelajuan tinggi. ATV ini diperkasakan dengan enjin 175 kuasa kuda mengunakan enjin BMW. 

Kenderaan ATV ini akan mula memasuki pasaran pada November 2012 dengan harga USD 40,000. Agaknya la, bila la ATV nie akan memasuki pasaran Malaysia yer...





Ada sesiapa berminat nak membelinya. Kat bawah nie teman sharekan detail spesifikasinya;

Engine: 4 cylinder 1300cc 16 valve DOHC
Marine Propulsion: Gibbs jet drive
Water Speed: Up to 45mph
Land Speed: Up to 45mph
Suspension: Independent coil springs and hydraulic dampers
Brakes: 4 Wheel disk brakes (on land)
Drive Layout (land): RWD
Payload: up to 260lbs, 120kg (100kg rider, 20kg equipment)
Occupants: 1
Dry Weight: 1180Lbs (535kg) excludes fuel, rider and equipment


Selain untuk aktivit riadah, Gibbs Technologies mengeluarkan ATV untuk kegunaan pasukkan keselamatan. Canggihkan!






Agak-agaknya, bila la pasukkan keselamatan kita nak guna kelengkapan macam nie yer...

*Gambar ehsan Google

Sunday, October 28, 2012

Kuliah : Doa keampunan atas kekurangan diri

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami bersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang Engkau bebankan kepada orang-orang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir."

(Surah al-Baqarah ayat 286)

Saturday, October 27, 2012

Kuliah : Kelebihan berpuasa di hari Arafah

Friday, October 26, 2012

Nak service air cond kereta anda...

Cuba la service di Century Auto Air-Cond Service and Trading. Bengkel ini terletak di kawasan perindustrian Puchong Utama. Lokasi tepatnya adalah seperti koordinate dibawah;


2.996565,101.609587


View Larger Map



Di sini juga ada menyediakan kemudahan access wifi secara percuma. Mudah untuk pelanggan access ke internet sementara menunggu air cond kereta mereka di service. Tanya jer kat tokey tuh, macam mana nak access wife tu. Nanti dia bagi access kod tu. Untuk pengetahuan anda, bengkel ini merupakan pengedar rasmi peralatan air-cond Denso. Hasil kerja mereka amat teliti dan kemas. Bayaran perkhidmatan dan alat ganti amat berpatutan. Cuma, mereka hanya menerima bayaran tunai sahaja. Bayaran melalui kad kredit tidak di terima disini.





Untuk piping air-cond, kebanyakkannya mereka buat sendiri. Ini  adalah kelebihan mereka jika dibandingkan dengan pusat service air-cond yang lain. Bengkel ini juga merupakan pembekal kepada piping air-cond auto bagi kawasan sekitar Puchong.

Thursday, October 25, 2012

Petua : Masalah cirit birit si anak kecil

Kali ini, teman nak berkongsi satu petua. Kadang-kadang anak kecil kita pun menghadapi masalah cirit-birit. Bagaimana hendak mengatasinya?



Cara mengatasinya mudah sahaja. Anda perlukan bahan-bahan seperti yang disenaraikan dibawah;


  • Sebuku gambir
  • Satu putik buah kelapa

Caranya;
Bahan-bahan ini diasah atau digosok pada permukaan yang kasar atau kesat seperti batu, belakang tile / jubin, batu asah pisau dan sebagainya bersama sedikit air. Asah sehingga halus. Bahan ini kemudiannya disapukan pada perut anak anda.

*Petua ini hanya la untuk digunakan diwaktu kecemasan sahaja. Adalah lebih baik anda membawa anak anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Sunday, October 21, 2012

Kuliah : Doa semoga negara aman, makmur dan damai

"Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri ini, negeri yang aman, sentosa dan berkatilah rezeki dari pelbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat diantara mereka". Allah berfirman; "(Permohonan itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia). Kemudian Aku memaksanya (dengan mengheretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali".

Surah al-Baqarah ayat 126

Saturday, October 20, 2012

Kuliah : Doa keluar dan masuk rumah

Friday, October 19, 2012

Suatu kisah untuk peringatan bersama

Sekadar berkongsi kejadian yang menimpa satu keluarga.



Seperti biasa pada hari jumaat selepas pulang dari pejabat, si suami jika tidak pulang ke kampong sendiri di Perak akan mengajak isterinya pulang ke Gelang Patah (kampung sebelah isteri). Lebih kurang pukul 8.30 malam kereta pun dipandu dengan penuh cermat menelusuri lebuhraya Plus menghala ke Johor Bahru.


Di dalam kereta, isteri serta anak yang masih kecil duduk dibelakang (mudah bagi si ibu menyusukan anak yang baru berumur beberapa bulan) manakala anak yang sulung duduk disebelah ayah. (menemani ayah memandu barangkali). Disebabkan mata mulai layu (lebih kurang pukul 11.00 malam), si suami tadi pun exit sebentar di R&R Machap untuk membeli minuman di Petronas yang ada di R&R berkenaan.




Sejurus perking kereta di dalam kawasan Petronas, disebabkan terlalu mengantuk si suami pun terus keluar dari kereta tanpa mengejutkan isteri serta anak yang sedang nyenyak tidur. Barangkali hanya untuk seketika pergi membeli minuman, kereta yang ditinggalkan tidak pula dikunci pintunya dan enjin juga dibiarkan hidup kerana air-corn masih terpasang. Diletakkan di dalam kawasan Petronas yang terang benderang meyakinkan lagi si suami tentang keselamatan keluarga yang ditinggalkan buat seketika.

Pada ketika ini sesuatu yang tidak dijangka berlaku……

Semasa si suami sibuk membeli minuman, seorang lelaki berbangsa Cina menuru masuk ke dalam kereta lalu menghempas kuat pintu menyebabkan si isteri yang sedang tidur tadi terjaga sebab kebiasaannya suami tidak tutup pintu sekuat itu.


Kereta terus dipecut laju meninggalkan suami yang masih belum menyedari isteri serta anak-anak kesayangan telah dilarikan suspek. Manakala isteri menjerit sekuat hati meminta mereka dilepaskan dan anak sulung yang duduk di depan menangis ketakutan. Suspek yang berang dek tangisan anak tadi menumbuk dada anak supaya dia diam. Disebabkan sakit akibat tumbukan yang kuat anak kecil tadi meluru mendapatkan ibunya di belakang sambil menangis teresak-esak.

Si suami yang baru menyedari keretanya tiada ditempat mula-mula dia parking, segera mengelilingi petronas mengangkakan si isteri telah mengubahnya ke tempat yang lain. Apabila menyedari kereta memang tiada, si suami segera meminta tolong kakitangan petronas yang ada di situ. Dan si suami segera menelefon isteri tapi tak dijawab.

Beberapa ketika kemudian isteri membuat panggilan senyap-senyap dari tempat duduk belakang suspek. Bagi mengelakkan panggilan itu disedari suspek, sambil telefon bersambung dengan suami, si isteri tidak meminta tolong daripada suami melalui telefon tetapi menjerit meminta tolong daripada suspek supaya dilepaskan mereka anak-beranak sambil menyebut setiap lokasi yang dilalui menerusi papan tanda yang tertera di lebuhraya.

Mujur ketua stesen petronas ada ketika itu lalu meminjamkan keretanya kepada si suami untuk mengejar kereta yang dilarikan tadi. Sambil memandu talian masih bersambung dengan isteri bagi menjejaki lokasi pada ketika itu.

Apabila sampai di tol Simpang Renggam, suspek meminta duit daripada isteri untuk membayar tol tapi isteri memberitahu duit semuanya ada pada suami. Sambil membuka tingkap kereta isteri tadi menjerit kepada jurutol memberitahu dia diculik.

Tapi malangnya tanpa perlu membayar duit tiket tol, palang dibuka oleh jurutol. Mungkin jurutol pun turut panik…..agaknya

Sejurus melepasi tol, suspek memperlahankan kenderaan sambil memberitahu dia akan melepaskan si isteri tapi ingin mengambil anaknya untuk dijual bersama kenderaan yang dirampas. Selepas kereta diberhentikan, suspek menempik kepada si isteri supaya cepat keluar sambil tangan suspek mencapai anak sulung tadi.

Maka berlaku pergelutan antara isteri dan suspek untuk merebut anak yang cuba dijadikan mangsa pemerdagangan manusia. Dengan kuasa Allah swt, kereta yang diparking ditepi jalan tadi bergerak perlahan-lahan mungkin disebabkan keadaan jalan yang sedikit curam. Apabila melihatkan kereta yang hendak dicuri bergerak dengan sendirinya, suspek segera melepaskan tangan anak kecil tadi lalu meluru mendapatkan kereta. Seketika kemudian kereta pun dipecut laju meninggalkan isteri dan anak-anak yang baru sahaja sejengkal terlepas daripada bahaya. 

Ini hanyalah secebis kisah benar yang berlaku baru-baru ini yang telah menimpa ahli keluarga saya. Sekadar peringatan kepada kita semua :


  1. Lengkapkan kenderaan kita dengan alat kunci tambahan (alarm security) / lebih baik lagi dipasang dengan peranti GPS untuk mengesan jika berlaku kecurian.
  2. Kejutkan isteri atau orang yang duduk disebelah kita jika dia sedang tidur untuk maklumkan jika kita ingin berhenti untuk ke tandas/ membeli jajan.
  3. Amalkan sikap sentiasa berwaspada (highly alert) dengan sekeliling sebelum keluar daripada kenderaan
  4. Amalkan prinsip keselamatan “turun dan kunci” serta merta. Semua pintu depan dan belakang samada dikunci dari luar atau minta orang di dalam kenderaan kuncikan kenderaan (boleh diamalkan utk kereta dan motosikal; secara prinsipnya biar kita hilang 2 minit utk kunci kenderaan kita daripada hilang berjam-jam utk mencari kenderaan sekiranya dicuri)
  5. Sentiasa simpan skru driver/ benda yang tajam selain daripada pisau di dalam kenderaan . Utk digunakan jika berlaku kecemasan.
  6. Jangan cepat panik – ambil masa dan cuba fikirkan tindakan yang perlu. Faktor utama ialah “keselamatan”
  7. Amalkan radius scanning sebelum dan sejurus turun daripada kenderaan – utk memastikan tiada sesiapa sedang memerhatikan kita
  8. Nasihatkan isteri atau orang disebelah jika berlaku apa yang tidak diingini segera tekan hon (nada panjang) - Emergency Code.
  9. Tindakan terjun daripada kenderaan melalui pintu sebelah kiri adalah tindakan terakhir sekiranya usaha lain gagal (jgn terjun sekali-kali ikut pintu kanan)
  10. Sentiasa amalkan doa penggerak semasa dalam perjalanan. baca sebanyak mana yang boleh (at least 7 kali menurut Dr. Haron Din)



Semoga kita dipelihara daripada kecelakaan dan sentiasa berwaspada sepanjang perjalanan….

Untuk makluman kejadian berlaku pada 5.10.2012 baru-baru ini (11.30 malam : R&R Machap)

Thursday, October 18, 2012

Petua : Menghilangkan pening dan lesu ibu hamil

Hari nie, teman nak kongsikan satu petua untuk ibu-ibu hamil. Kebiasaannya, ibu-ibu muda akan mengalami masalah ini.


Gambar : ehsan Google

Bagi menghilangkan pening dan lesu, terutama kepada ibu muda yang kali pertama hamil. Bahan-bahan yang diperlukan untuk mengamalkan petua ini adalah seperti dibawah;

  • Serai
  • Kulit kayu manis
  • Sekuntum bunga cengkih
  • Gula pasir
  • Air panas mendidih

Caranya :
Ambil sepotong serai sebesar kelengkeng, kulit kayu manis sebanyak 4cm, sekuntum bunga cengkih dan gula pasir 2 camca teh. Masukkan bahan-bahan tersebut kedalam gelas dan dituangkan air panas (mendidih). Setelah agak sejuk barulah diminum. Insya-Allah hilanglah segala pening yang dihadapi itu.

Selamat mencuba!

Wednesday, October 17, 2012

Nuffnang X

Masa teman dok check configuration Nuffnang, tetiba teman terpandang benda nie...



Selaku Nuffnang follower tegar, teman pun completekan laa informasi yang dia nak... claim blog yang teman manage... dan add jugak blog yang teman follow... hasilnya kat bawah nie...



Apa ke benda Nuffnang X nie... Teman pun bukannya tahu sangat... Klik disini untuk maklumat lanjut berkenaan Nuffnang X.

Owhh, rupanya melalui Nuffnang X senang untuk kita follow blog favorite kita tu dengan satu klik jer... Dengan satu klik sahaja, blog mereka akan segera disenaraikan sebagai ‘Favourite‘ anda! Begitulah sebaliknya.... Hebat kan? ;) nak lebih awsome... aplikasi nie juga boleh di download ke smartphone Apple dan Android...

Atee... apa kome tunggu lagi... moh le kita aktifkan account Nuffnang X tuu... :D

Tuesday, October 16, 2012

Usah mencari-cari lagi,,,

Petang semalam... turun ke ground floor... terpandang la teman kereta nie... siap berselimut pulak tu... tak pasti pulak teman macam mana kereta nie dibawa masuk ke ground floor nie... Adakah berselimut juga...? Saja nak buat gempak jer... Macam iklan Proton Preve mula-mula hari tu... Mula-mula berselimut... Lepas tu, tunjuk sket-sket... Tapi, kalau dah dipasarkan dan dah ada pun atas jalan raya... Nak buat apa berselimut lagi...? Tak kan la takut kena gigit nyamuk...



Dah tak releven dok berselimut macam tu... :)

Monday, October 15, 2012

Teknik terbaru mencuri kereta

Dikisahkan, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur. Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta.


Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco, wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh (remote). Pada fikiran beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci biasa untuk mengunci keretanya secara manual.


Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit dan kira-kira 30 minit kemudian apabila dia kembali ke tempat di mana dia meletakkan kereta beliau, didapati keretanya telah hilang. 

Kemudian di balai polis dan juga di agensi insurans, beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik 'klip'frekuensi alat kawalan jauh kereta (car remote's frequency clipping). Alat ini boleh mengesan frekuensi remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta. 

Kesan dari operasi 'clipping' oleh pencuri kereta ini akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh.Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual. Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta anda, mereka akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda. 

Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan jauh, kemungkinan tinggi bahawa seseorang berdekatan telah mensasarkan kereta anda. 

Jadi anda dinasihatkan supaya tidak meletak kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ.

Sunday, October 14, 2012

Kuliah : Ayat Sebelum Bismillah

Saturday, October 13, 2012

Kuliah : Allah Penentu Segalanya

Friday, October 12, 2012

Alhamdulillah...

Syukur alhamdulillah, akhirnya pembedahan keatas Kamal Affandi Hashim nama yang begitu terkenal sebagai penganalisis jenayah. Dikhabarkan Kamal telah pun selamat menjalani rawatan di Hospital Beacon, Petaling Jaya mengunakan teknologi CyberKnife.

DI maklumkan Kamal telah pun keluar wad hari ini. Tak sempatlah teman nak berkunjung bertanya khabar. Tapi apa pun terima kasih pada acu Aisar sudi berkongsi kisah. Actually, Farah bertugas di Hospital Beacon, Petaling Jaya. Tengok lah, mereka berpossing dengan En Kamal nie... popular betul En Kamal...




Ada gaya model tak cik abang kita nie...



Bila petang je... mesti hujan...

Petang nie (12 October) hujan lagi... lately nie, bila petang je... mesti hujan... Nie gambar yang sempat teman ambik dari office...


Thursday, October 11, 2012

Petua : Penawar penyakit kayap ular

Hari nie teman nak sharekan satu petua untuk merawat penyakit kayap ular. Teman pernah dengar, penyakit kayap ular nie akan melilit anggota badan yang dijangkiti penyakit ini sehingga ia bercantum di hujungnya.



Apa pun, petua nie di harapkan menjadi satu ikhtiar kita untuk merawat penyakit kayap ular ini.

Antara bahan yang diperlukan ialah ;
  1. Secekak daun delima
  2. Beras

Daun delima



Beras


Gambar : ehsan Google

Caranya :
Beras hendaklah direndam seketika, kemudian digiling bersama-sama daun delima. Selepas itu, bahan bolehlah disapu terus di sekeliling kayap ular tersebut.

Selamat mencuba!

Sunday, October 7, 2012

Kuliah : Jangan di marah orang perempuan

Saturday, October 6, 2012

Kuliah : Umur Nabi-Nabi

Friday, October 5, 2012

Serai Empire Subang

Tempat makan best di Subang Jaya. Kali ini segment Jalan-jalan makan-makan bersiaran di Serai Empire Subang. Klik disini jika anda nak tahu lebih lanjut berkenaan Serai Empire Subang,

Plan yang tak menjadi hari tu ialah berbuka puasa di sini. So, minggu sudah saja je buat plan ke sini sambil bawak Aisar jenjalan. Lagi pun, nie la pertama kalinya kami menjejak kaki disini. Selalunya, teman tengok je bangunan nie dari jauh masa melalui Federal Highway ke Shah Alam. Dengar cerita dari kawan-kawan, menu-menu restoran Serai nie menarik dan sedap-sedap, terutama desertnya tu... Berry Pavlova

Nie Berry Pavlova nya... memang marvelous la... memang sedap... nie la antara menu signature nya...



Nie pulak, menu yang di pesan oleh Tok Mama... Kue Tiaw Goreng... Rasanya biasa jer... Nothing special about this Kue Tiaw Goreng...


Teman pulak order nasi goreng... nothing special pun...



Untuk minuman, teman order Pudina Lemon... Nie adalah minuman signature di Serai... Minuman nie memang susah sket nak jumpa kalau di kedai atau restoran biasa... Rasanya memang unik... 



Secara keseluruhannya check in Empire Serai kali nie memang berbaloi... Menu makanannya memang unik. Kalau nak kan suatu kelainan, memang wajar la Empire Serai nie sebagai pilihan anda.

Thursday, October 4, 2012

Petua : Anak muntah-muntah

Sekiranya anak-anak anda diserang muntah-muntah biasa, cuba lah petua ini.



Dapatkan bahan-bahannya seperti dibawah;

  1. 2 camca kecil (teh) serbuk teh cina
  2. Satu camca teh gula
  3. Secubit garam
  4. 3 camca air panas

Caranya ;
Campurkan dan kacau sehingga berwarna pekat. Setelah sederhana sejuk, berilah anak anda minum sehingga habis. Jika muntah biasa, sekali minum sudah ada tanda-tanda akan sembuh.

Selamat mencuba!

Wednesday, October 3, 2012

Fenomena HALO

Hari ini, teman nak sharekan fenomena HALO yang berlaku sekitar Kuala Lumpur pada waktu tengahari 2hb October (semalam). Fenomena nie memang jarang-jarang sekali berlaku. Klik disini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan fenomena HALO ini.






Monday, October 1, 2012

8 step to catch the culprits

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...