Friday, August 31, 2012

Share file dari Gajet IT mengunakan Dropbox

Bila dah banyak guna gajet nie, timbul pulak masalah macam mana nak share file seperti file gambar atau file video dari gajet yang ada nie. Sorang guna Blackberry, sorang lagi guna Galaxy S III, anakanda pulak guna IPad dan mama pulak guna IPhone. Macam mana ye kalau nak kongsi kan file sesama kami...?

Klik disini untuk membaca berkenaan entry gajet nie...

Alaa, senang jer... bukannya susah sangat pun. Rasanya semua dah tahukan, sebut sahaja smartphone, mesti ada access ke Internet. Kalau tidak 3G broadband, paling koman pun WIFI kan ada. Jadi semestinya smartphone boleh access ke Internet. Bila dah boleh access ke Internet, boleh la simpan atau share kan file kat server. Biasanya gajet tersebut perlu di pasangkan atau di install dengan applikasi client. Antara aplikasi tersebut ialah Dropbox. Aplikasi ini memerlukan anda untuk mendaftar secara online untuk mendapatkan Id dan kata laluan atau password anda sendiri.


Cuma install kan applikasi client Dropbox tersebut pada gajet IT anda, dari IPad, smartphone, laptop dan desktop anda. Mula la berkongsi file kenangan anda dengan tersayang tak kira walau apa pun platform OS gajet IT anda.

Klik disini untuk download applikasi Dropbox anda dan register secara online.


Thursday, August 30, 2012

Petua : Menghapus cacing kerawit

Kanak-kanak dulu selalu ada masalah dengan cacing kerawit. Kanak-kanak di bandar mungkin tak mengalami masalah sebegini. Tapi, kanak-kanak di luar bandar mungkin masih lagi mengalami masalah sebegini.



Kali nie, teman nak share satu petua macam mana nak mengatasi masalah ini. Petua nie datang dari orang dulu-dulu. Kebiasaannya, kanak-kanak yang dijangkiti cacing kerawit mempunyai badan kurus dan pucat. Cara mudah mengatasinya ialah ambil tiga genggam daun hati-hati, di tumbuk hingga lumat. Tapis dan ambil airnya. Kemudian, diembunkan air tersebut selama tiga pagi berturut-turut. Ambil setengah gelas dan campurkan dengan dua camca air asam jawa. Kemudian minum.

Amalkan pada malam sebelum tidur. Keesokkannya, cacing kerawit akan keluar bersama-sama najis. Selamat mencuba!

Tuesday, August 28, 2012

Penangan Gajet IT

Sekarang nie, segalanya berteraskan IT. Apa itu IT yer... IT atau pun Information Technology, atau pun dalam bahasa Malaysianya Teknologi Maklumat. Segala-galanya dihujung jari sahaja. Tak payah penat-penat nak berjalan jauh, cari parking dan sebagainya. Pihak kerajaan pun tengah dok mempertimbangkan samada nak bagi pelajar bawa hand phone ke sekolah.




Family teman pun dah pula terpengaruh dengan gejala teknologi maklumat nie. Baik dari si kecik, sampai la ke tok mamanya. Semuanya dah tau apa itu facebook, macam mana nak cari resepi memasak kat internet dan sebagainya la. Mula lah nak demand gajet IT, dari smart phone hingga la tablet PC, I Pad dan sebagainya. Yang pening... PAPAnya... :D



Monday, August 27, 2012

Wordless : Bharat Tea House, Cameron Highland

Wordless today at Bharat Tea House, Brinchang, Cameron Highland. GPS coordinate :

101.421014 N, 4.545411 E





Click here for Google Maps

Sunday, August 26, 2012

Kuliah : Kisah jodoh

Saturday, August 25, 2012

Kuliah : Cara mudah dapat pahala


Thursday, August 23, 2012

Petua - Khasiat bawang putih

Hari nie, teman nak share tentang khasiat bawang putih. Kebiasaannya, kita gunakan bawang putih dalam masakkan. Tapi, kali ini bawang putih digunakan untuk mengatasi masalah kesihatan kita.


Gambar : ehsan blogger miss diary's

Nie petua bagi mereka yang mengalami masalah hidung berair. Cuba ambil seulas bawang putih dan buang kulitnya. Cucuk-cucukkan ia dengan pin sebanyak tujuh kali sambail berselawat. Tujuh kali saja tau... Jangan lebih pulak, nanti tak menjadi.

Kemudian masukkan ke dalam hidung anda dan tarik nafas. Ia akan pedis sedikit, tapi kenalah tahan sket tau. Ulang dua hingga tiga kali.

Insyaallah, masalah anda akan settel. :)

Monday, August 20, 2012

Tips jimat elektrik

Hari nie, teman nak share kan satu tips macam mana nak menjimatkan elektrik. Time raya macam nie, mesti banyak guna elektrik. Maklum la ramai tetamu bertandang ke rumah, tak gitu.

Boleh la guna tips dibawah. Sekurang-kurangnya boleh menjimatkan wang untuk pembayaran bil elektrik setiap bulan.


Sunday, August 19, 2012

Kuliah : Sedekah

Saturday, August 18, 2012

Kuliah : Betuahnya sebagai wanita @ perempuan

Friday, August 17, 2012

Lokasi jalan maut

Sebelum memulakan perjalanan balik ke kampung, check dulu kereta anda. Kemudian periksa laluan yang akan anda lalui ketika balik raya nanti. Disini, teman sharekan beberapa lokasi panas yang sentiasa berlakunya kemalangan.

Berhati-hatilah ketika memandu.


Last day Ramadhan 1433

Hari nie, hari terakhir bekerja di bulan ramadan (28 Ramadhan 1433 Hijrah). Hari nie pun, office dah sunyi sepi. Macam kebanyakkan orang lain juga laa, kebayakkan staff ambil cuti raya awal untuk pulang ke kampung halaman. mmm... apa nak buat yer...

Buat blog walking... kebanyakkan, teman-teman buat entry ucapan selamat hari raya. Teman pun nak jugak buat ucapan Selamat Hari Raya kepada pengunjung blog teman nie...




dengan pantun...



Seperti amalan sekian lama 
Pantun seloka sempena raya 
Saban tahun Insya Allah akan ada 
Buat ‘jajan’ sebelum berbuka 

----------------------------------------- 

Pejam celik tak sedar masa 
Ramadan kini di penghujungnya 
Syawal pula siap sedia 
Untuk muncul menggantikannya 


Jualan murah merata-rata 
Bazaar Ramadan makin surut peniaganya 
Surau pula jangan cerita 
Bukan penuh tapi makin lengang pula 


Pejabat juga semakin sepi 
Parking kat bawah pun banyak lagi tadi 
Ramai yang hilang dah mula bercuti 
Teruk la gamaknya highway hari ni 


Bagi semua warga kota 
Pulang ke desa penuh ceria 
Biarpun jem tak mengapa 
Tengah semangat nak berhari raya 


Yang tua yang muda sama sahaja 
Tengah sibuk ‘fine tune’ segalanya 
Kemas rumah service kereta 
Tokey kedai amatlah bahagia 


Bila berarak menuju ke desa 
Ikutlah aturan dijalan raya 
Laluan kecemasan pun boleh kalau nak guna 
Cuma samannya berganda-ganda 


Yang nak motor, yang naik kereta 
Jangan lalai janganlah leka 
Kita cuma nak balik raya 
Bukan ke Sepang untuk berlumba 


Tahun ni juga bakal bermula 
Kamera dipasang merata rata 
Bukan Nikon, Canon pun tak juga 
Tapi kamera untuk hantar speedtrap kat kita 


Tiba di desa penuh gembira 
Mercun bola jangan dicuba 
Nanti menyesal penuh duka 
Nak makan ketupat jari dah tak ada 


Sebelum off laptop sekejap lagi 
Marilah kita maaf memaafi 
Salah dan silap tersentuh dihati 
Janganlah simpan didalam hati 


Tutur kata umpat mengata 
Adalah lumrah manusia biasa 
Sempena Syawal yang bakal menjelma 
Ampun dan maaf teman pinta. 


Selamat Menyambut Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin dari teman kepada anda semua... atee... apa tunggu lagi... Jom balik kampung... :D


Selera tak makan kek nie

Hari tu, teman ada sharekan berkenaan seorang lelaki bersama ularnya. Klik sini untuk membaca entry tersebut. Kali ini, kisah ular juga. Ular yang telah dijadikan sebiji kek. Jangan lah risau yer. Nie bukannya ular betul pun. Cuma kek hari jadi tersebut dihiaskan dengan seekor ular hiasan.



Agak-agaknya la, kome ada selera tak nak makan kek nie?





Thursday, August 16, 2012

Cara menganyam ketupat

Ini hari teman nak share pulak macam mana nak menganyam ketupat beras. Hari tu, teman ada sharekan cara menganyam ketupat palas. Klik kat sini kalau nak membacanya. Bahan-bahan yang perlu ada ialah :

  1. Daun kelapa (wajib ada)
  2. Beras (wajib ada kalau nak makan ketupat)
Ok, cara menganyamnya adalah seperti bawah. Ikutilah langkah-langkahnya satu persatu. Jangan miss tau atau tak ikut turutan.



Petua : Guna halia untuk sembuhkan sakit terseliuh

Kali nie teman sharekan satu petua dari orang lama. Selalunya, halia digunakan dalam masakkan. Tapi, kali ini halia digunakan untuk rawatan kesakitan akibat terseliuh.

Mungkin kita pernah terseliuh tangan atau kaki kerana terjatuh. Untuk mengatasinya, satu petua tradisional yang berkesan boleh anda cuba.


Gambar : ehsan dari blogger ladybirdluvone.

Ambil halia yang sudah diparut dan tampalkannya pada bahagian yang terseliuh itu. Kemudian, balutlah bahagian itu dengan kain dan biarkan sehingga halia tersebut kering. Lakukan beberapa kali.

Isya-Allah, hilanglah sakit itu nanti.

Selamat mencuba!

Wednesday, August 15, 2012

Wordless - 15 August 2012

Tuesday, August 14, 2012

Jadual balik raya

Teman pasti semua orang dalam mood balik kampung untuk beraya hujung minggu nie. Apa pun, sebelum memulakan perjalanan, rancangkanlah perjalanan anda terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya dapat mengelak dari kesesakkan lalu lintas yang pastinya akan lebih teruk dari biasa. Jom tengok jadual perjalanan balik kampung yang disediakan oleh pihak PLUS.


Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik. Sebelum memulakan perjalanan.

Patuhilah had laju yang ditetapkan dan patuhilah peraturan semasa anda berada di jalan raya. Pandu selamat, jiwa selamat. Ingatlah orang tersayang yang menunggu anda di kampung halaman.

Time teller chart

Last week, teman ke pejabat sayang... tetiba terpandang la benda nie... Kat office kome ada tak guna benda macam nie. Praktikal ke cara nie. Bagi pejabat yang kecil mungkin la kot. Tapi, organisasi besar, macam tak praktikal jer.



Teman selalu guna office assistant pada email outlook teman tu. Senang, kalau sesapa hantar email, or nak jemput attend meeting terus dapat respond.

Calitan PRU13

Bahang pilihanraya semakin terasa. Hanya menunggu isyarat dari Perdana Menteri je untuk Parlimen dibubarkan. Sementara itu pelbagai pro-paganda samada dari parti kerajaan atau dari pihak pembangkang.

Dari pihak Suruhanjaya Pilihan Raya sendiri turut menambah baikkan sistem pilihan raya sejajar dengan konsep kebebasan dan ketelusan. Atas saranan pelbagai pihak juga dari pihak pembangkang sendiri, kaedah calitan dengan dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya ke 13 nanti.



Gambar : Harian Metro

*psst hati-hati dengan jari anda... masa nak pilihanraya nanti pasti ada yang dijadikan isu.

Monday, August 13, 2012

Cara menganyam ketupat palas

Ketupat Palas... Sapa suka makan ketupat palas, sila angkat tangan yer... :)
Teman pasti ramai diluar sana yang gemarkan ketupat palas nie... Kebiasaannya, masa hari raya la yang ramai orang membuatnya selain dari ketupat nasi. Ketupat Palas nie isinya adalah beras pulut. Ada setengah orang membubuh inti serunding dan sebagainya dalam ketupas palas mereka. Tapi ada yang menyediakan ketupat palas kosong sahaja untuk dimakan bersama rendang atau serunding.

Hari ini, teman nak sharekan bagaimana caranya untuk melipat ketupat palas tu. Ikuti lah, langkah-langkahnya seperti di dalam gambar di bawah.


Jenjalan dengan ular

Nie, teman nak story sket... Kisah benor nie berlaku di bandar Changzhou, China. Seorang lelaki telah menjadikan kebiasaannya untuk membawa ular kesayangannya berjalan-jalan makan angin di bandar sambil mengendongnya di bahu. Kalau kome nak tahu, ular nie binatang kesayangan lelaki nie... ular nie lelaki tu akan bawak jalan-jalan sambil menghirup udara segar di taman, di bawanya ular kesayangan dia mandi sungai atau mandi di kolam... 

Atee... kome pernah tak buat macam nie... :D pada binatang kesayangan kome tuu...



nie ular dia tengah mandi kat kolam...







mesti ular nie seronokkan... dapat tuan macam nie... Lagi pun, menurut tuan punya ular nie kata, kulit ular nie sensitif sjet... sebab tu la dia selalu bawak ular nie pegi mandi sungai atau mandi kolam...

*psss... teman tak suka ular...

Sunday, August 12, 2012

Kuliah : Fakta kelebihan berpuasa

Kuliah : 3 Kategori puasa


Klik gambar untuk membacanya dengan jelas.

Kuliah : Mandi wajib

Saturday, August 11, 2012

Kuliah : Solat pada waktunya

Friday, August 10, 2012

Kuliah : Malam Lailatul Qadar

Teman sharekan doa malam Lailatul Qadar sebagai panduan untuk semua.

Selamat Beramal...



Order TV dapat Riffel

Kebelakangan nie banyak betul business ONLINE. Macam-macam online shop ada. Ebay, Amazon antara ONLINE portal antarabangsa yang terkenal. Tapi, pernah ke kome buat pembelian secara atas talian nie. mmm... pernah ke order benda lain, tapi benda lain pulak yang sampai... kalau pernah... tuu cite... tuu cite... :D

Inilah yang terjadi mamat kat dalam gambar nie... Pada asalnya, mamat nie beli flat TV panel dari Amazon.com secara atas talian atau ONLINE.


Tapi, apa yang mengejutkannya bukannya flat TV yang diterimanya tapi sepucuk riffel separa automatic. So, betul la nampaknya kat internet nie boleh beli apa saja... janji ada duti...

Kalau nak baca lebih lanjut kisah mamat nie, klik la disini...

Thursday, August 9, 2012

Petua : Mengubati sembab (bengkak)

Teman pasti ramai yang pernah menghadapi masalah sembab atau bengkak nie. Kebiasaannya tak banyakkan pun yang dapat kita lakukan untuk merawatnya. Apa pun, hari nie teman nak kongsikan satu petua untuk merawat masalah sembab atau bengkak.


Jika ada di antara keluarga anda terkena penyakit sembab atau pun bengkak-bengkak di bahagian kaki, tangan atau di badan, boleh la mencuba petua ini.

Kaki sembab

Gambar ehsan Google.


Ambil segenggam beras dan kira-kira segenggam isi lempuyang. Kedua-dua bahan ini ditumbuk sehingga lumat. Kemudian di tapis, ambil airnya sahaja dan urut pada tempat sembab itu. Selamat mencuba.

Klik disini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan lempuyang.

Wednesday, August 8, 2012

Sumbangan Ikhlas untuk membantu rawatan perubatan adik Ahmad Idlan Ihsan

Entry apakehei hari nie lebih tertumpu kepada sumbangan teman terhadap masyarakat. Kepada sesiapa yang ingin menyumbang, sila la berbuat demikian.


Untuk makluman, Adik Ahmad Idlan Ihsan, anak kepada Puan Surati Selamat, telah disahkan mengidap penyakit ”Mature B Cell Leukemia” pada 19 Mac 2012 yang lalu. Ahmad Idlan Ihsan, 8 tahun, kini sedang menjalani rawatan lanjut (chemotherapy and bone marrow transplant) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kos rawatan dianggarkan mencecah RM180,000.00, sedangkan pihak insurans hanya akan menanggung sebanyak RM24,000.00 sahaja. Kos selebihnya akan perlu ditanggung oleh ibubapanya.

Marilah kita sama-sama menzahirkan semangat 1Malaysia kita dengan menyumbang bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh Puan Surati Selamat.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Tabung Kebajikan ER, No. Akaun : 1418-0010-0108-95 Bank Islam (M) Berhad Cawangan Menara TM, Jalan Pantai Baharu, 50672 Kuala Lumpur. 
Untuk rujukan kami, sila fakskan slip bank ke no. 03-22403996 / 79566303 atau e-mail kepada lazimy@tm.com.my / zalinaa@tm.com.my.

Marilah kita doakan agar Adik Ahmad Idlan cepat sembuh dan kembali sihat seperti kanak-kanak lain

Tuesday, August 7, 2012

Mari belajar mengundi

Tak lama lagi, pasti negara kita akan mengadakan pilihan raya umum untuk memilih kerajaan yang akan dibentuk untuk menerajui dan mentadbir negara kita. Sebelum itu, mari  la kita sama-sama belajar mengundi.

Perkara pertama untuk melayakkan anda sebagai pemilih (pengundi)

Anda perlu mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Warganegara Malaysia (pemegang MyKad). Bukan warga negara anda tidak layak tau
Telah mencapai umur 21 tahun
Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan
Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa


Jom kita tengok, macam mana nak mengundi. Cuma pangkah jer... Tak la susah mana sangat pun kan...


Perkara penting yang perlu anda ingat. Kad Pengenalan (MyKad) perlu anda simpan sendiri. Tidak perlu diserahkan kepada orang lain kecuali kepada Penjawat Awam yang mempunyai kad kuasa, seperti Polis, Kastam dan lain.

Pastikan anda tahu, pihak mana yang patut anda pilih untuk masa hadapan anak cucu anda. Pastikan anda tidak mengundi orang yang gila kuasa, gila kekayaan dan sebagainya. Pastikan anda hanya mengundi kepada mereka yang boleh dan layak bekerja untuk anda demi masa hadapan anak dan cucu cicit anda di masa hadapan.

Apa pun, Selamat Mengundi PRU13 nanti...

Monday, August 6, 2012

Hasil seni gergasi

Pernah tak kome terfikir adanya hasil seni macam nie... Besor pulak tuu... Sebenornya, hasil kerja seni nie di pamerkan di pusat konvensyen Tokyo Big Sight di Tokyo, Jepun.


Besarkan gergaji tu... kreatif betul orang yang menghasilkannya.

Sunday, August 5, 2012

Kuliah : Berpuasa ketika sakit

Saturday, August 4, 2012

Kuliah : Persoalan Kifarat

Thursday, August 2, 2012

Petua - Memutihkan pakaian

Buah Mengkudu - Memutihkan Pakaian

Hari nie, teman nak bercerita berkenaan buah mengkudu. Buah mengkudu nie memang banyak khasiatnya. Selain daunnya boleh dibuat ubat, buahnya yang masak boleh digunakan sebagai bahan memutihkan pakaian.


Gambar ehsan Google.

Caranya :
Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, masukkan kedalam baldi dan tuangkan air serta sabun. Kemudian, ramas la buah mengkudu tadi sehingga hancur dan berbuih. Kemudian, rendamkan pakaian yang hendak dicuci semalaman.

Esoknya, baru lah dibilas sehingga bersih. Pakaian yang dicuci itu akan menjadi lebih bersih.

*Teringat kat arwah opah teman, dia selalu makan buah mengkudu nie buat ulam, kadang-kadang makan mengkudu dengan cicah garam. Teman idak le... tak lalu teman... buah mengkudu yang masak tu kan busuk... :D

Wednesday, August 1, 2012

Kisah Lelaki dan Perempuan



Boleh kasi tambah lagi... Lelaki semakin kaya... Semakin gatal... Wanita, semakin gatal... semakin kaya...

Apa ke hei laa... Duniawi semata-mata...

Berita Tergempar : UFO terhempas di bumi. Betul ke?

Entry hari nie, teman nak share satu penemuan objek berbentuk seperti UFO di dasar laut Baltik. Terdapat kesan terhempas atau seretan yang panjang di dasar laut tersebut. Penemuan ini di buat oleh kumpulan X Team yang aktif mengesan artifak-artifak lautan seperti kapal laut dan sebagainya.



Objek ini telah di temui pada 15 Jun, 2012 yang lepas. Ini lah ilustrasi objek yang ditemui di dasar Laut Baltik. Bentuknya macam kapal angkasa dalam cerita Star Wars tu.









Nie kapal angkasa dalam cerita Star Wars tu... Millennium Falcon




Nie adalah kedudukan dimana objek tersebut di temui oleh kumpulan X Team.





Dibawah adalah hasil ujian sonar dari kapal yang menyertai ekspedisi X Team nie.








Dibawah nie beberapa video dari Youtube berkenaan penemuan ini.





Gambar dan Video : ehasan Google & YouTube

Kalau berminat untuk mengikuti perkembangan kumpulan nie, boleh la melawat web site rasmi kumpulan ini disini.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...