Tuesday, February 28, 2012

The difference between CRAZY and STUPID

One truck driver was doing his usual delivery to Mental Hospital.
He discovered a flat tyre when he was about to go home.
He jacked up the truck and took the flat tyre down.

When he was about to fix the spare tyre, he accidentally dropped all the bolts into the drain.


As he can't fish the bolts out, he started to panic.


One patient happened to walk past and asked the driver what happened


The driver thought to himself, since there's nothing much he can do; he told the patient the whole incident.

The patient laughed at him & said "can't even fix such a simple problem...no wonder you are destined to be a truck driver..."


Here's what you can do, take one bolt each from the other 3 tyres and fix it onto this tyre.

Then drive to the nearest workshop and replace the missing ones, easy as that"


The driver was very impressed and asked "You're so smart but why are you here at the Mental Hospital?"


Patient replied: "Hello, I stay here because I'm crazy not STUPID!"

Am I too OLD!

Tiba-tiba pagi nie masa nak hantar message mengunakan applikasi WhatsApp dapat pulak message nie... version too old... :D apa ke hei jadi too old pulak nie... nasib baik messagenya tak seperti nie "you are too old to use WhatsApp"


hehehehe... teman pasti ramai penguna telefon pintar atau smart phone mengunakan applikasi WhatsApp nie... tidak seperti Blackberry yang popular dengan applikasi BB nya tu... BB hanya boleh digunakan sesama penguna Blackberry sahaja. Tetapi WhatsApp boleh digunakan melalui pelbagai platform OS seperti Syambian, Apple iOS, Android, window phone dan sebagainya. Sekurang-kurangnya melalui WhatsApp kita sebagai penguna nie dapat la menjimatkan kos atau bil bagi menghantar SMS dan MMS. Cuma kita perlu menlanggan pakej data unlimited.

Apa yang penting, applikasi WhatsApp nie FREE jer... cuma perlu download di portal... Teman sangat suka function nie...



Friday, February 24, 2012

Nokia Belle

well. i just update my E7 software... Now my E7 smoothly running on Nokia Belle. Really like the new features. At this moment, i only configured 5 home screen...










Thursday, February 23, 2012

Wordless - Khamis 23 February 2012

Pagi Khamis yang indah... mood kerja pun dah maii...


Monday, February 20, 2012

7 Sunnah Rasulullah s.a.w

Saturday, February 18, 2012

Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya

Hari nie ada kuliah agama... topiknya berkenaan DOA... Bercakap tentang doa nie... teman nak petik kisah yang di kongsikan di kuliah tadi... kisah nie mengingatkan teman dan memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupan teman.

Kisah yang teman dengar itu begini :

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.


Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya. 
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.


Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.


Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa. 
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa.

Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong: 


“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”


Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna. 
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.


Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.


Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku” 
MasyaALLAH…


Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.


Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.



Kisah ini meruntun hati teman, dan buat teman sentiasa berfikir panjang. 

Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita. 

"Aku buat beginilah yang jadi begini." 
"Doa aku makbul seh!" 
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun." 
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur. 

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita. 


Cerita itu sangat menyentuh hati teman. 

Membuatkan setiap kali teman berdoa, teman tidak lupa mendoakan ibu bapa teman, guru-guru teman, keluarga teman, adik beradik teman, sahabat-sahabat karib teman, yang teramat akrab teman sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa teman memerlukan mereka mendoakan teman juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab. 

Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. 


Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.

Semoga bermanfaat note ini.
Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.
Semoga Allah redha dengan kita.


Thursday, February 16, 2012

Petua - Manisan tidak cepat cair dan tahan lama

Adakalanya, apabila manisan disimpan lama ia menjadi cair dan tidak tahan lama. Cara paling mudah untuk mengatasi msalah ini ialah dengan memasukkan sekeping biskut tawar kedalam bekas yang disimpan manisan itu.


*Picture from http://wendyinkk.blogspot.com


Cara ini manisan dapat disimpan lama. Selamat mencuba!

Wednesday, February 15, 2012

Lawak bebenor bila baca surat nie... :))

Hari nie teman nak share surat nie...  :))


Tuesday, February 14, 2012

Wordless - Today (14 February @ Tuesday)

Entry di awal pagi... Teman suka bebenor menikmati keindahan alam ciptaan maha esa... terutamanya ketika sang matahari menunjukkan kehebatannya... terasa damainya... tenang jiwa teman...


Saturday, February 11, 2012

Perokok adalah PENGOTOR

Perokok tu memang sesorang yang pengotor... Nie pendapat teman jer... Jangan marah yea... Tengok la gambar kat bawah nie... Hari tu, teman pegi la ke bangunan nie... ada urusan sket... tunggu lif lambat sangat... so, teman guna la tangga kecemasan... tengok laa apa yang ada kat tangga kecemasan nie... penuh dengan puntung rokok... bau kat area tangga kecemasan nie tak berapa nak terhidu... bayangkan lah, kalau waktu kebakaran dan terpaksa turun melalui tangga kecemasan nie... mau sesak nafas dibuatnya...

Ada sign di larang merokok... tapi kat situ laa juga mereka2 nie merokok... macam sign board di larang membuang sampah... kat tepi sign board tu jugak mereka himpunkan sampah sarap...



Kat atas nie pun penuh puntung rokok di lambungkan...



Siap ada tin biskut, tapi idak laa puntung rokok tu di masukkan kat dalam tin tuu... memang pengotor betul laa orang yang merokok nie...



Teman rasa laa... kempen rokok kat Malaysia nie tak berapa nak menjadi la... nie ada satu kempen... setiap kali orang nak merokok, mereka bacakan surah YASIN untuk orang yang nak merokok tu... check laa kat sini kalau nak tengok...

Thursday, February 9, 2012

Wordless - Morning view from Menara TM

Wednesday, February 8, 2012

Petua - Untuk mengharumkan bilik

Ambil tiga kuntum bunga kenanga, tiga kuntum bunga melati / melur, tiga kuntum bunga cempaka, tujuh kuntum bunga tanjung, tiga helai daun pandan, tiga helai daun limau purut dan tiga kuntum bunga cengkih.

Pada sapa-sapa yang tak kenal bunga-bunga nie... leh laa tengok kat bawah nie...

Nie bunga Melur

Nie pulak bunga Cempaka


Yang nie bunga Tanjung


Nie pulak daun limau purut... biasanya dimasukkan dalam masakkan tomyam



dan last sekali bunga cengkih...





Kesemua bahan nie dipotong halus (seperti membuat bunga rampai) kecuali bunga cengkih. Kemudian bungkus dalam cebisan kain dan letakkan di dalam bilik tidur anda atau pun almari pakaian. Ia bukan sahaja mengharumkan bilik, malah menghalau nyamuk dan lipas. 

Semoga anda akan berpuas hati!

Kalau nak guna cara moden... beli jer... Air Freshener Dispenser... check la kat sini...

Tuesday, February 7, 2012

Wordless @ Menara Condong Teluk Intan



Semalam, teman sekeluarga ke Teluk Intan. Memenuhi jemputan kenduri kahwin ayah saudara teman. Sambil-sambil tu, teman reronda laa bandar Teluk Intan. Lama bebenor teman tak kesini. Apa pun, menara condong nie tetap menjadi kenangan terindah teman di Teluk Intan.

Monday, February 6, 2012

F1 First Day Cover and Setem

When talking about F1 race car, i'm sure you all will think about the team, the driver and also the car. But, have you ever heard about F1 first day cover or setem? I'm not sure if this is the only item for F1 in the world. If you found the similar item, perhaps you can share it hear.

Anyway, the first day cover and setem was launch in Malaysia during first time Malaysian Grand Prix Sepang were held on 17 October 1999.



Some of related data for F1 Malaysian Grand Prix



This the souvenir cover. I scan it with out move it from the fact file. Some of the image are hidden behind.








I still kept it, Anyway, collecting first day cover and setem also my hobby.

Saturday, February 4, 2012

Petua - Untuk menjernihkan sup yang keruh

Untuk menjernihkan sup yang keruh, campurkan putih telur yang dipukul bersama ketul ais didalam sup yang masih panas. Biarkan mendidih sambil dikacau perlahan-lahan. Kemudian tapiskan sup dengan kain kasa. Sup yang ditapis akan jernih dan menyelerakan.


Friday, February 3, 2012

Naili's Place

Tempat makan best di Sentul. Naili's Place, Sentul adalah salah satu restoran seafood yang menarik. Kali ini untuk meraikan birthday seseorang. Nailis Palace menjadi pilihan disebabkan suasananya yang romantik, damai, sesuai untuk bersantai bersama keluarga. Untuk pemgetahuan, Naili's Place nie menyajikan masakkan ala Thai dan juga western. Kalau nak tahu lebih lanjut, layari la web sitenya di http://www.nailisplace.com/


Gambar kat atas nie teman yang snap... goyang sket... maklum laa, tangan kiri dukung Aisar... so, ambik gambar guna sebelah tangan je... tak boleh nak focus dengan betul... tu tak termasuk tangan assistant nak membantu ambik gambar sekali... apa pun, untuk tidak menghampakan, di tampalkan juga gambar kat bawah nie dari blogger sabyastory nie...


Untuk kawan-kawan yang hendak ke sini, boleh la jadikan koordinate di bawah sebagai panduan :

3.194997,101.693932

Lebih mudah lagi kalau buat reservation awal. Tak la susah menunggu. Call jer nombor kat bawah nie ;)



Disini juga ada menyediakan MC serta musician. Boleh la gunakan perkhidmatan mereka ini jika kita membuat majlis disini, atau untuk membuat suprise untuk yang tersayang, atau mungkin untuk melamar... :)

Memang seronok makan-makan disini. Decorationnya pun menenangkan jiwa yang lara nie...




Hiasan air di taman buatan...



Color full kan hiasan dalamannya... penuh dengan lampu-lampu berwarna-warni...





Nie ada ikan Kaloi dalam aquarium... bila tengok ikan nie... teringat teman kat ikan kaloi teman yang dah lama mati tu... Ikan tu mati tua kot... maklum laa masa bela dulu, besar tapak tangan teman nie jer... masa ikan tu mati, nak letak dalam pinggan makan pun dah tak muat...




mmm... setakat nie je laa entry untuk Naili's Place nie... Next time kalau kesini lagi, teman buat entry lagi... :D

Wordless - Taman di Impiana Palace

Kome nampak KUCING tak?

meh sini ramai-ramai tenung gambar kat bawah nie... Kome nampak tak kucing tu... Ade berape ekor yea...?


Bugatti Veyronn milik Mukhriz Mahathir


Kat Malaysia, kereta nie ada 3 jer... satu dimiliki oleh Sultan Johor, satu lagi dimilik oleh Mukhzani Mahathir, yang ketiga dikatakan milik seorang wanita di Kelantan.

klik kat sini kalau nak baca entri Bugatti Veyronn Sultan Johor

Nie antara Bugatti Veyronn terbaru di Malaysia. Di maklumkan ianya kepunyaan Mukhzani Mahathir. So, teman pun buat laa carian di internet... perghh... memang betul laa... Nombor platnya pun cantik WUS 17.

Nie teman ambik gambar nie dari blogammar... Banyak betul gambar kereta nie kat blog dia... teman pun mintak izin laa nak tampal kat apakehei nie... :D




Tengok roadtax nya untuk setahun...RM24,598.50 Siapa yang tak kenal Mukhzani Mahathir... Antara jutawan terkaya di Malaysia... Mesti laa dia mampu beli super car macam nie... Kalau kome nak tahu, harganya sahaja dah mencecah MYR10 juta sebuah. Di United Kingdom harganya dalam lingkungan €1,225,000 (GB£1,065,000/US$1,700,000) dan Super Sport: €1,912,500 (GB£1,665,000/US$2,700,000).




Teman nie, macam mana yea... Bila agaknya boleh tukar kereta... Bila agaknya teman boleh jadi JUTAWAN yea... Teman nak berbakti pada AYAH dan IBU teman nie...


Kita orang MELAYU nie... kalau tengok orang MELAYU lain lebih sket... mesti mengata yang bukan-bukan... Sepatutnya kita ambik ini sebagai satu cabaran... Betul tak...:)

Pemikiran yang macam nie laa yang buat MELAYU tak maju sampai bila-bila...

Klik disini untuk membaca entry Audi R8 5.2 FSI.