Tuesday, January 31, 2012

Petua - Elak telur rebus pecah ketika merebus

Elak telur rebus pecah ketika merebus.



Mudah sahaja untuk mengelak telur pecah ketika merebus. Masukkan kan telur kedalam bungkusan kain dan rebuskan seperti biasa. Hasilnya, telur yang direbus tidak akan retak atau pecah.

Wordless @ Restoran Cari-Cari Lauk


Restoran nie terletak di Kelantan, di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Teman cuma ambik gambar je... Unik kan nama restoran nie...

Friday, January 27, 2012

Wordless - Kg Cinta Manis


Pernah tak dengar nama tempat Kg Cinta Manis... haa... Kalau nak tau kg nie terletak di daerah Bentong, Pahang. Unik kan nama tempat nie... Teman pun tak pernah sampai kat tempat nie. Kalau ada sesiapa yang tahu berkenaan Kg Cinta Manis nie, boleh laa share kat sini yea...

Tuesday, January 24, 2012

Wordless - Creative Decoration


Ini adalah bekas minuman untuk ayam atau burung. Kini telah digantung sebagai hiasan dan lampu.

Petua - Untuk Mengelak Santan Berketul-ketul

Suri rumah yang memasak mengunakan santan kelapa biasanya menghadapi masalah kerana santan yang dituangkan ke dalam gulai atau pengat menjadi berketul-ketul.


Untuk mengelakkan kerumitan ini, ada dua cara untuk mengatasinya. Pertama kacaulah santan sebaik saja dimasukkan kedalam gulai atau pengat. Dengan mengacau begini, santan tentu tidak berketul. Cara kedua, masukkan santan ketika gulai atau pengat hampir masak.

*Gambar ehsan dari www.trymasak.my

Friday, January 20, 2012

Pernah tak tengok siput duri?

Nie laa dia Siput Duri... Ada jugak orang yang makannya... Teman idok lee... :D


Siput apa nie yea?

Hari tu... teman ke pasar Pasir Penambang, Kuala Selangor... tetiba ternampak laa siput nie... sapa tau nie siput apa... teman tanya tokey tu... dia pun tak tau... harga siput nie idak laa mahal sangat... sekor tu dalam RM5.00 jee...




Kata tokey tu laa, siput nie baik untuk kesihatan lelaki... lagi POWER... katanya laa... teman idok laa nak makan siput nie... siput sedut pun teman tak makan... ini kan pula, siput besar nie :D

Kalau nak baca entry pasal pasar Pasir Penambang, klik laa kat sini

Pattaya Village, Kota Bharu

Tempat makan best di Kota Bharu, Kelantan... Negeri yang penuh dengan kepelbagaian makanannya. Kalau bab makan... Tak susah... Terdapat pelbagai genre makanan disini... Salah satu yang sempat saya kunjungi masa balik untuk hari raya haji baru-baru ini ialah di restoran Pattaya Village. Restoran ini amat unik. Ini adalah kunjungan pertama saya ke sini.



Untuk sesiapa yang berminat untuk makan-makan disini, teman sharekan coordinate nye kat bawah nie;

6.12475N, 102.25586E


Kebiasaannya apabila ke restoran, pasti kita akan bayangkan makanannya. Tetapi, restoran ini amat unik sekali. Restoran ini berkonsepkan makanan Thailand seperti tomyam, som tam dan macam-macam lagi la. Yang menariknya, selain makanan restoran ini turut menyediakan majalah untuk pelanggan-pelanggannya sementara menunggu makanan di hidangkan. Sesuatu yang menarikkan. Layanan pekerjanya juga amat memuaskan hati, seperti berada di hotel bertaraf lima bintang.




I'm sorry, maaf puan, boleh saya bantu tuan/puan menjadi skrip pekerja-pekerjanya apabila mendekati pelanggan-pelanggannya.








Semasa kunjungan pertama ini, kami order kailan ikan masin, ayam masak halia, tom yam campur, telur dadar, telur bungkus dan kerabu sotong. Minuman pula kami order air tembikai, air epal dan air suam. Makanannya juga menarik, sedap dan setimpal dengan bayarannya (RM7+.++). Cuma kunjungan kali ini, kami tak dapat merasai som tamnya disebabkan bahan-bahan untuk membuatnya tidak mencukupi.

Next time, pasti teman singgah lagi ke sini :D

Petua - Rawatan awal untuk kecederaan melecur

Sekiranya anda terkena benda-benda panas seperti air panas, tentu ia akan sakit dan mudah melecur. Anda boleh mencuba petua ini sebelum mendapatkan rawatan lanjut. Segera tebang sebatang pokok pisang (besar atau kecil) dan ambil getahnya.



Kemudian sapukan di tempat terkena benda panas tadi. Insya-Allah, ia dapat mengurangkan sakit dan melecur. Selepas itu eloklah mendapatkan rawatan lanjut.

Monday, January 16, 2012

Hotel Review - Grand Blue Wave Hotel Johor Bharu

Hotel di Johor Bharu. Hotel review kali ini bersiaran di The Grand Blue Wave Hotel, Johor Bharu. The Grand Blue Wave Hotel nie adalah antara hotel yang terdapat di Johor Bharu... Sebenarnya, nie adalah personal trib pertama ke Johor Bharu untuk menguruskan praktikal Acu kat hospital di JB nie. Untuk kali ini, kami menginap di Grand Blue Wave Hotel Johor Bharu di Johor Bharu. Sampai kesini dari Melaka pun dah lewat. Tepat 9 malam kami tiba di perkarangan hotel setelah menempuh kesesakkan lalu lintas dari exit highway ke bandaraya Johor Bharu. Mujur laa ada Nokia 95, boleh jugak guna GPS nya untuk mengarah ke destinasi ini.

Check in dulu, then keluar beli makanan untuk makan malam. Tak banyak benda pun nak cerita. Maklum laa bila dah penat, mata pun mengantuk... Esoknya pulak, nak uruskan penginapan Farah untuk sebulan di JB nie...

Anyway, nie jee yang di sharekan untuk view bersama... Kali nie, teman amik 2 bilik...

Nie ruangan hall dia... Siap ada TV LCD lekap kat dinding lagi... Cantik dan kemas jer... ruangannya... Kalau nak dapatkan best rate untuk penginapan semalaman... daftar lah online... :D





Selak langsir untuk tengok view kat luar...



Nie Komplek Kastam, Imigration dan Kuarantin (CIQ), terletak berhampiran Tambak Johor.



Nie kitchen nya... siap ada microwave... boleh laa kalau nak panaskan makanan... dapurnya ada... guna elektrik... tapi tak di benarkan memasak... macam mana yea... setakat buat hiasan jer laa nampaknya...



Nie gambar dalam master bed roomnya... dilengkapi dengan TV LCD...



Nie pulak bilik mandinya, siap ada bath tab... mesti seronok mandi :D






Keesokkannya pulak... tengok matahari terbit dari jendela...





Kebetulan waktu kami menginap disini, persiapan sambutan tahun baru sedang rancak dilaksanakan. Kolam mandi telah ditutup dan diubah suai menjadi pentas terapung. Tak dapat kami berendam dalam kolam kali ini.

Nie pulak dekorasi dalamannya...




Since teman tak stay lama kat sini... so tak banyak info laa dapat teman kongsi kan bersama berkenaan Grand Blue Wave Hotel Johor Bharu nie... Apa pun, teman tetap bagi rating seperti biasa.


nie rating apakehei.blogspot.com untuk Grand Blue Wave Hotel Johor Bharu



Keselesaan Bilik & dekorasi     :
Kemudahan lain (spa, gym dll) :
Restoran / Makanan                :
Customer Service                      :



Next time kalau teman ada merancang ke selatan tanah air, pasti teman check in di Grand Blue Wave Hotel lagi... :D


Petua - Untuk menghilangkan tangan berbau hanyir selepas menyiang ikan

Selepas menyiang ikan, kita sering menghadapi masalah menghilangkan bau hanyir ditangan walaupun sudah dibasuh dengan sabun. Cara lebih berkesan ialah mengunakan serbuk teh.



Caranya begini; selepas tangan dibersihkan dengan sabun, serbuk the tadi bolehlah dilumur dan digosok pada tangan. Bilas dengan air bersih. Insya-Allah, bau hanyir akan hilang disanping kulit tangan terasa halus.


Selain dari menhilangkan bau hanyir ikan, serbuk teh juga boleh digunakan sebagai pencuci muka. Klik disini untuk info lebih lanjut.

Wordless @ Menara TM

CEO and the shredder mechines


Moral of the story :- Don't ever-ever assume our boss know every thing :)

Friday, January 13, 2012

Sesuatu untuk di kongsikan bersama

Sabda Nabi SAW: sampai lah pesanku w/pun sepotong ayat….

Baca dengan penuh teliti, faham, amalkan dan sebar-sebarkan. Buka dada, buka minda dan azam sungguh-sungguh untuk kita sama-sama amal ilmu yang dikongsikan ini.




Assalamualaikum Semua.

Last weekend Nasha and Kak Has ada menghadiri ceramah “Dahsyatnya Doa Seorang Ibu” oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Dia ustaz untuk angkatan tentera malaysia (Kor Agama Angkatan Tentera -KAGAT) sebelum ini. So, kat sini nak share laa info yang menarik kot-kot kawan-kawan, kakak-kakak, makcik-makcik,adik-adik boleh ambil manfaat sama. Catatan ini agak panjang, kalau malas nak baca, baca laa yang ada tanda ***


Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

Lapangnya masa kita ada kaitan dengan KEBERKATAN hidup kita. Ingat;

Kita adalah di bawah murka Allah apabila kita ada masa untuk buat benda tak baik, tapi sebaliknya takdak masa nak buat yang baik.

Jika kita tak pernah rasa cukup duit, maksudnya kita tidak diberi keberkatan oleh Allah.

*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak akan hilang. So para ibu, jangan jatuh air mata anda yer. Dan para anak, jangan bagi ibu jatuhkan air matanya yer.

Kalau balik tengah malam, buka lampu dan cuba tengok atau tatap wajah ibu. Sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka ;


1. Melihat kaabah sehingga menitis air mata
2. Membaca quran sehingga menitis air mata
3. Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinangan air mata

Ada 3 orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup kita, terutama tengok masa mereka tidur;


1. Anak
2. Ibu
3. Suami

Tips Selingan: kata ustaz, kalau kita ada perselisih faham dengan suami sampai nak bercerai, tengak laa muka bila dia tidur. Kalau masih timbul perasan kasih-sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai. Tapi jika tiada langsung rasa tu semua, maksudnya jodoh dah memang takde, boleh teruskan pergi mahkamah la.

Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya (tak menangis teruk la). Jadi, bagi siapa yang masih ada ibu, pandang laa ibu selalu. Dapat pahala tau.

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu (dianggap tidak beradab). So, kalau nak tunjukkan sesuatu, tunjukkanlah dengan baik-baik dan penuh rasa hormat.

Kalau ada niat yang baik, teruskan laa. InsyaAllah, Allah akan bersama, jangan takut.

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun dah kira ok. Jadi, kalau tak mampu nak tolong orang, pasang niat ikhlas kita nak tolong pun dah memadai (kalau tak mampu). Kalau mampu tolong, tapi hanya pasang niat jer tu, tu lain cerita yer.

*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik, dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik!


Tips supaya makbulkan doa (melalui Wasilah Amal)

Ada kaedah yang mana kita boleh minta atau mohon bantuan daripada Allah, iaitu dengan “mengungkit” kebaikan yang kita lakukan supaya Allah makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”. Contoh nak buat wasilah amal ialah kita berdoa seperti berikut ;

“Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”

*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Maksudnya wasilah amal ni sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang kita buat kepada ibu kita. (Tapi geng, kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan. huhu)

Apabila ditimpa sakit atau musibah

Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah ialah;
Kalau ditimpa sakit, baca laa “Innalillahi wainnaillaihirojjiuun”. Kemudian, kita berdoa dengan Allah ;


“Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
“Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”

Hatta, kebaikan kita suapkan makanan untuk anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.

*** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang untuk ibu yang sudah meninggal dunia, maka dia dikira sebagai anak derhaka. Walaupun pada waktu ibunya hidup, dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakan ibu kita!

Ingat : Doa orang yang masih hidup adalah makbul untuk orang yang hidup atau pun orang yang sudah meninggal dunia. Jadi, pastikan kita sentiasa doakan ibu kita, terutamanya ibu yang telah tiada!

*** Doa orang yang mati pun makbul untuk orang yang masih hidup.

Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sikit. Sedih gak laa. Pergi la ke pusara mak kita cakap;

“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada, tentu mak bahagia tengok cucu mak kawin kan” atau “Ayah, saya nak kawin esok, kalau ayah ada, pasti ayah akan gembira tengok saya kan…”

Ustaz kata, luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka boleh mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .


Adab pergi atau melalui kawasan perkuburan

Bila lalu kawasan perkuburan, perlahankan kenderaan dan beri salam! Penghuni kubur akan mendoakan kita balik seperti doa mereka “Berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakah lah orang ini”. Jadi, jangan lupa bagi salam pada ahli-ahli kubur kalau pergi ke kubur yer.

Tanda-tanda murka Allah atas muka bumi ni ialah antara lainnya, kita simpan harta sampai mati tak pernah sempat untuk kita keluarkan.

***Sesiapa yang selalu bersedekah selalu, maka dia takkan miskin selamanya…


Tips mudah untuk menderma

Bila nak berbelanja atau ber shopping, selalu lah peruntukkan duit untuk sedekah, kerana dalam duit kita tu ada hak orang susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit tu sikit. Allah hantarkan orang-orang susah ini datang pada kita minta sedekah, ini peluang kita untuk dapatkan pahala! Maka, jangan lah lepaskan peluang buat baik.

*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde, teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! Semasa bersedekah, niatkan begini ;

“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”.

Itu lah yang patut kita buat supaya ibu kita bahagia di sana .

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita, baru kita ringan tangan nak bersedekah.

*** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Maka, jagalah mereka dengan baik. Insyallah, syurga balasannya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka, jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa. Jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum DIA mengambil kita balik.


Selalu Bergaduh Dengan Ibu

Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan juga kita diganggu saka.

Antara ganguan saka ;

  1. Selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi. 
  2. Selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi 
  3. Selalu sakit tulang belakang 
  4. Rasa seperti tulang belakang bengkok 
  5. Selalu rasa mengantuk selepas asar 

Saka boleh dipindahkan melalui harta pusaka, walaupun sebiji pinggan. Boleh juga dipindahkan melalui amalan tertentu dan sentuhan.

Simptom dah terkena saka ialah ; 



  1. Tak boleh tidur lena tapi bila dekat azan subuh, senang terlena. 
  2. Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tengah malam selalu lapar 
  3. Susah nak dapat anak, senang gugur 
  4. Ada rasa kelibat orang lalu 
  5. Yang lagi parah, saka bersetubuh dengan kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan. Jadi bila kita “bersama”, berbual-bual la sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam. 


Antara cara hilangkan saka ialah dengan berzikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

Antara penyakit yang biasanya disebabkan saka adalah kanser payu dara, kanser rahim dan kanser tulang.

3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah KANSER, AIDS dan LEUKEMIA. Kalau dapat ni, pergi la berusaha merawat di pusat-pusat perawatan cara islam juga.

Kalau ibu kita sakit kanser dan dia tak mampu berzikir, kita boleh tolong zikirkan.

Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas ; “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari


Tips atau petua kalau anak lari dari rumah

Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya di ‘hanger’ atau penggantung baju, kemudian anginkan baju tersebut. Hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyaAllah akan sampai panggilan kita kepadanya.


Tips atau petua kalau anak degil

*** Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala anak dan pangil roh anak. Ni seram sikit masa nak buat hehehe. Mula-mula jer seram, lepas tu dah biasa ok la.

Contoh seruan yang boleh dibuat;

“Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.”

You can ask anything! Anda boleh doakan apa saja. Nak anak senang bangun ke sekolah, cakaplah supaya roh anak itu senang bangun tidur. Just try and see.

So, info dah disampaikan, marilah kita sama-sama praktikan mana-mana yang boleh. Sebarkan info ini kepada kawan-kawan yang lain.

Selamat beramal.

Monday, January 9, 2012

Petua - Untuk menyegarkan badan yang lemah

Petua hari ini menonjolkan khasiat madu lebah untuk kebaikkan kesihatan dan tubuh badan.

Dapatkan sebiji telur ayam kampong, 2.5 cm halia merah, secubit garam dan satu sudu besar madu lemah.



Tumbukkan halia merah bersama garam sehingga lumat. Masukkan telur ayam kampong bersama madu lebah. Kacau dan boleh lah diminum. Amalkan dua kali seminggu pada waktu malam. Anda akan berasa segar dan cergas.

Klik disini untuk maklumat lebih lanjut khasiat berkenaan Halia Merah.

Anda juga boleh mendapatkan produk Tongkat Ali disini

Cuba check bil elektrik TNB anda

Kali ini, nak kongsi berkenaan bil elektrik TNB... Tadi teman ada laa call 1 300 88 5454 call center TNB nak rujuk berkenaan bil TNB terkini... untuk pengetahuan semua, bermula December 2011, terdapat satu charge yang dikenakan kepada penguna iaitu Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu... Teman dimaklumkan oleh petugas call center TNB, sebanyak 1% di kenakan kepada penguna oleh pihak kementerian untuk di salurkan kepada kumpulan wang tersebut.



Turut di paparkan didalam bil TNB terbaru ialah subsidi bahan api oleh Kerajaan Persekutuan. Tapi yang musykilnya, subsidi ni tak pulak termasuk didalam kiraan bil. Tak tau la apa motifnya... nak educate penguna supaya berjimat atau pun saja tak nak bagi penguna marah sebab ada caj 1% tambahan dalam bil...



Teman cuba pertolongan Pakcik Google berkenaan Kumpulan Wang Tenaga Baharu tu... tapi tak banyak maklumat diperolehi... bagaimana pun melalui carian di internet, 


Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu nie termaktub didalam Akta 726 Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011. So, teman tak boleh laa nak komen banyak2 sebab dah termaktub dalam akta tu.... Bayor jer laa....

Petua - Untuk menghilangkan kesan ‘chewing gum’ di pakaian

Saya pernah mengalaminya ketika duduk di kerusi pawagam. Tentulah kita berasa malu dengan tompokkan chewing gum yang melekat itu dan kecewa jika tidak dapat ditanggalkan.



Dapatkan cecair thinner dijual di kedai-kedai. Titikan thinner itu di tompokkan chewing gum dan kikis dengan jari – ia akan tanggal. Ulangi hingga bersih. Kemudian bilas sedikit dengan air untuk menghilangkan baud an kesan thinner. Hasilnya tiada kesan chewing gum atau bau thinner.

Wordless - 9 January 2012

Tuesday, January 3, 2012

Item for sale - Toyota Vios 2003

2003 Toyota Vios For Sale:
Location : Puchong, Selangor


2003 Toyota Vios – excellent condition and well maintained with full service history.


Description:
• Make: Toyota
• Model: Vios 1.5E VVTI DOHC
• Body Type: Sedan
• Body Color: Marine Blue
• Year: 2003
• Miles: 201,000 km
• Vehicle No: NBK7676










What is there to offer?
• Automatic E spec
• No extreme engine modification
• Currently running very smooth.
• Used original parts for parts replacement
• Full TOMS ABS skirting and spoiler
• Kenwood Single Disc and MP3 player
• New 6x9 ‐ 4 way 440 Watt Pioneer Speaker (installed in Oct 2011)
• 2.5” Component speaker with crossover and amplifier
• New Works Engineering Drop in Air Filter (installed in Nov 2011)
• New 4 mill windows Security film. Warranty up to 10 years (installed in August 2010)
• Full service history and record.
• 16” Enkei Sport Rims.
• Zenden Stabilizer bar
• Service at 5k –> 6k Interval using semi synthetic oil.
• Recently done full service. (24 December 2011)




Service History:
• Please refer to attached documents
• Last aircond service done on 7 November 2011
• Last mechanical service done on 24th December 2011


o Semi synthetic Toyota oil + oil filter
o ATF oil changed
o New Belting for radiator and aircond
o New brake pad and disc rotor


*Owner wanted to change new car.


All for RM 42,000.00 only!!!
Please contact 0135203081 for further enquiries.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...