Friday, September 21, 2012

Serunding Kampung Laut

Teringat saja serunding... pasti anda terbayang untuk di makan bersama nasi impit, ketupat nasi, ketupat palas, lemang dan tidak ketinggalan juga untuk di makan bersama nasi sebagai penambah selera. Tapi, pernahkah anda tahu asal usul serunding... haaa... nie la yang teman nak story sket...

Ok, serunding nie berasal dari negeri Kelantan Darul Naim. Kalau nak tahu pasal Kelantan, sila la klik disini yer.

Mengikut penceritaan, serunding nie di pelopori dan di usahakan secara tradisional oleh penduduk Kampung Laut yang terletak didalam Jajahan Tumpat. Sebenarnya, Kampung Laut nie bersebelahan jer dengan kampung isteri teman, Kampung Sungai Pinang. Jaraknya lebih kurang 2-3KM jer... tak la jauh mana pun...

Ok, berbalik cerita serunding nie... Orang yang mencipta Serunding nie ialah Allahyarhamah Mek Som Binti Ismail atau nama glamor nya Mak Som Pak Soh Lotri. Sekarang nie, kaum keluarga Mak Som, cucu cicitnya yang mewarisi perniagaannya di Kampung Laut.




Memang sedap pun serundingnya. Teman kalau balik ke Kelantan, mesti beli serundingnya untuk di buat buah tangan untuk keluarga teman di Perak nie... :) Kat sini ada tiga jenis serunding, iaitu serunding daging, ikan dan ayam. Serunding daging pulak ada dua jenis, satu daging tempatan (mahal sket) dan satu lagi daging import.

Biasanya teman akan beli serunding daging tempatan, lebih sedap. Kalau di Pasar Siti Khadijah, serundingnya terdedah diatas dulang. Tapi disini, serundingnya telah di pack kan didalam bungkusan plastik. Jadi, kebersihannya lebih terjamin.

Kat sini, teman sharekan koordinatenya seperti di bawah;



6009’15.90”N, 102013’45.99”E

Google Map koordinate
6.154417, 102.229442



View Larger Map

Kalau kome tak dek kesempatan nak pegi Kelantan, boleh la cuba call nombor tu. Mana lah tau, tokey tu boleh tolong pos kan untuk kome. :d

1 comment :

  1. perghhh, jauhnya cari serunding sampai ke tumpat kelate. ;p

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...