Friday, September 7, 2012

Entry lepas geram raya... Pemandu pentingkan diri sendiri...

Kali nie teman nak buat entry masa balik raya hari tu. Tahun nie, teman beraya di Kelantan. Teman balik beraya hari Sabtu 18 Ogos. Teman tak ikut highway karak yang lalu Temerloh semua tu. Kebiasaanya, kalau balik Kelantan memang teman akan ikut Simpang Pulai, Perak.


Teman bertolak keluar dari rumah sebelum pukul tujuh pagi, dengan melalui lebuhraya Guthrie dan lebuhraya utara - selatan menghala ke Simpang Pulai. Waktu itu kereta memang la banyak dan kelajuan antara 80KM hingga 100KM sejam menghala ke utara.

Yang buatkan teman geram nie sebab penguna jalan raya yang pentingkan diri sendiri dan membahayakan orang lain. Mereka nie memang suka memandu di lorong kecemasan, walaupun ketika itu trafik lancar. Mereka tetap memotong di lorong kecemasan. Tengok la gambar di bawah nie yang sempat teman ambil di highway diantara Sungai Buluh - Tanjong Malim.



haaa... nie keta sapa... nombor plat AFR 7194... Tak reti ke lorong kecemasan tu hanya untuk kecemasan sahaja... hari tu, teman nampak nyaris pemandu kereta yang pancit tayar berhenti kat lorong kecemasan tu di rempuh oleh kereta yang gunakan lorong kecemasan tu untuk memotong kenderaan lain.





nie pulak WNS 1171... pemandu kereta nie memang suka memandu ikut lorong kecemasan... Yang kesiannya, penunggang motosikal la... ada yang nyaris dirempuh dan merempuh...





Kenapa tak ada gambar penunggang motosikal... mmm... nak tau kenapa... sebabnya, teman tak sempat nak ambik gambar depa... :D

2 comments :

  1. huhuh sgt pentingkan diri sendiri..

    ReplyDelete
  2. ntah pape dorang ni kan. kalau eksiden, marah.
    kalau jln jem, bising. tapi rules tak nak ikut. #stress.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...