Monday, June 25, 2012

Pertandingan Memasak Bubur Lambuk



Bersempena dengan Ramadhan Al-Mubarak 1433H yang kian menjelang, Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Masjid Jamek Kampung Baru dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengadakan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk di Menara Kuala Lumpur pada 14 Julai 2012, Sabtu mulai jam 7.30 pagi.

Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 ke atas di mana setiap kumpulan terdiri daripada tiga hingga empat orang sahaja dan terbuka kepada 30 kumpulan di mana 20 kumpulan untuk kategori terbuka dan 10 kumpulan lagi bagi kategori masjid.

Yuran penyertaan sebanyak RM50 akan dikenakan untuk setiap kumpulan. Sehubungan dengan itu, anda semua dijemput untuk menyertai dan memeriahkan lagi pertandingan ini dan hadiah keseluruhan bernilai RM15,000.00 bersama sijil penyertaan sedang menanti para pemenang.

Selain daripada itu, para pengunjung juga boleh menikmati bubur lambuk secara PERCUMA selepas jam 12.00 tengahari.
Jadi jangan ketinggalan, bawalah keluarga dan sahabat handai anda ke Menara Kuala Lumpur untuk menyertai dan menikmati bubur lambuk istimewa sempena sambutan Ramadhan ini.

Bersama ini disertakan borang penyertaan dan untuk keterangan lanjut, sila hubungi Suriati Yusuf di talian 03-2072 1219 atau layari laman web www.menarakl.com.my atau ‘like’ facebook rasmi Menara Kuala Lumpur www.facebook.com/officialmenarakl.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...