Wednesday, June 13, 2012

Hotel Review - B-Suite Hotel, Penang

Hotel di Pulau Pinang. Hotel review kali ini membawa teman ke Pulau Pinang untuk menghadiri SME Biz Fest yang diadakan di Equotorial Hotel, Pulau Pinang. Di sebabkan penginapan perlu diuruskan sendiri, teman hanya dapat buat booking di B-Suite Hotel. Klik untuk maklumat lebih lanjut berkenaan B-Suite Hotel.


B-Suite Hotel Pulau Pinang

Hotel nie berhampiran dengan Equotorial Hotel, tempat berlangsungnya SME Biz Fest. Jaraknya lebih kurang 6KM jer. Kiranya, kedudukan B-Suite hotel nie agak stategik juga la. Ianya berdekatan dengan komplek pasaraya Bukit Jambul. Selain dari itu, Vistana Hotel juga terletak berhampiran. Kedai makan pun terletak dalam jarak berjalan kaki. Antaranya, Medan Selera Bukit Jambul dan Original Kayu Nasi Kandar Restaurant. Kiranya, memang mudah la kalau nak makan, tak payah susah nak drive. Untuk mereka yang berminat dan bercadang untuk menginap disini, teman sharekan koordinatenya di bawah...


Untuk pengetahuan, penginapan kali nie teman mengunakan koprate rate. Rate asal ialah RM150 dan corporate rate pulak RM125 untuk semalaman. Kira ok la budget tu untuk urusan pejabat. Tak la mahal sangat. Anyway, teman share kan gambar semasa menginap disini.

B-Suite Hotel Pulau Pinang

Rate RM125 tak termasuk breakfast. Tambahan RM10 lagi jika pengunjung mahu kan sarapan pagi. Bagi pendapat teman, tambahan RM10 untuk sarapan tu tidak berbaloi. Menu sarapan paginya tidak seberapa. Ye la, sepadan dengan harganyakan.

Antara kemudahan di sini ialah access internet percuma. Setiap bilik di bekalkan dengan satu port LAN access ke Internet. Masalahnya, kabel tidak dibekalkan. Pengunjung perlu membelinya di kaunter pendaftaran dengan harga RM10. Kabel tersebut adalah sepanjang  3 meter. Bagi teman, sepatutnya pihak pengurusan hotel boleh membekalkan LAN kabel tu secara percuma. Berapa la sangat kosnyakan. Tak lah menyusahkan pengunjung. Access speed, boleh la tapi kadang-kadang tak boleh nak access jugak. Mungkin disebabkan ramai user.

Ok, teman menginap dibilik nie... bilik 1807... di tingkat 18... tinggi tuh... bilik 1807 nie adalah none smoker room... Plan asal, member office nak tumpang sekaki... kalau ambil smoker room, sudah pasti la bilik tersebut berbau sedikit... Maklum laa perokok kan busuk... :)


B-Suite Hotel Pulau Pinang


Dia naik flight ke Penang... tunggu punya tunggu member tu tak sampai-sampai juga... so, untuk malam tu, teman stay sorang jer laa... Actually, kat atas ada lagi satu tingkat... waktu malam tu... teman tak dapat nak tido lelap pun... bising sangat bunyi kat tingkat atas... bunyi tapak kaki orang berjalan la... bunyi tarik meja dan kerusi laa... macam-macam lagi laa... sampai laa masuk waktu subuh... Yang hairannya, sewaktu kawan teman ada pada malam kedua tu... tak ada la pulak bunyi-bunyi macam tu... lena je teman tido...


nie teman sharekan gambar keadaan dalam bilik... macam mana susun aturnya... keluasannya... boleh la jadikan sebagai rujukan kalau nak menginap disini...

B-Suite Hotel Pulau Pinang

B-Suite Hotel Pulau Pinang

B-Suite Hotel Pulau Pinang

B-Suite Hotel Pulau Pinang

B-Suite Hotel Pulau Pinang

B-Suite Hotel Pulau Pinang

Biliknya luas... dan banyak ruang yang kosong disini... yang tak bestnya... kat hotel nie, masih lagi mengunakana TV CRT... TV jenis lama la... dah laa kecik jer... kalau menonton dari atas katil... nampak kecik jer... mmm... adakah perlu gunakan teropong masa menonton TV dari atas katil. Apa pun, kalau anda datang ke Pulau Pinang nie dengan keluarga yang besar, teman cadangkan menginap di hotel nie sebab ruang biliknya yang luas... Tapi kena la bawak hamparan lapik tidur sendiri... Jimat la sket kosnya...

Nie pulak, ruang bilik mandinya... pressure airnya kuat... memang seronok mandi kat sini... mmm... tapi kat hotel nie tak ada kolam mandi la... bath tabnya pun tak ada...

B-Suite Hotel Pulau Pinang

B-Suite Hotel Pulau Pinang

B-Suite Hotel Pulau Pinang

B-Suite Hotel Pulau Pinang

Nampak tak, ada dua jenis pancuran air... tu yang best mandi...

Gambar kat bawah nie, suasana di waktu malam... sambil-sambil berjalan kaki ke  Original Kayu Nasi Kandar Restaurant untuk makan malam... Sempat lagi la teman ambik gambar B-Suite hotel nie dari arah luar...

B-Suite Hotel Pulau Pinang

Nie pulak, pandangan waktu malam dari bilik... penuh bangunan tinggi jer... cantikkan pemandangan pada waktu malam... gambar kat bawah nie teman rakamkan dari balkoni bilik...

Pulau Pinang

Pulau Pinang

Bangunan tinggi kat bawah nie pulak adalah Vistana Hotel... boleh berjalan kaki jer kalau nak kesini... bukannya jauh mana pun... Original Kayu Nasi Kandar terletak berhampiran dengan medan selera, berhampiran jalan besar tu... tak jauh pun berjalan... dalam 10 minit jer...

Vistana Hotel, Pulau Pinang

Cer tengok gambar kat bawah nie... Tossei panjang di Original Kayu Nasi Kandar...


Macam biasa, apakehei.blogspot.com nak jugak bagi rating kepuasan untuk hotel nie... Boleh la jadi rujukkan untuk pengunjung lain... rating bintang kat bawah nie adalah dari 5 bintang rate penuh tulus dari pengalaman teman semasa menginap disini.

Bilik (Keselesaan) 
Kemudahan


Khidmat Pelanggan


Makanan (sarapan)


Kepuasan Menginap Keseluruhan



1 comment :

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...