Wednesday, June 20, 2012

Games Hina Islam

Devil May Cry 3

Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum 'penghulu syaitan' menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.

























4 comments :

  1. Nasib baik games yang tersenarai tiada dalam simpanan

    ReplyDelete
  2. hmmm.. mmg byk game yg dbuat US ni mesti ada unsur2 mcm ni.. sbb tu malas nak men game mcm dulu..

    ReplyDelete
  3. games dari US & eropah memang camtu.selalu je selit benda2 gitu.eeeiiii

    ReplyDelete
  4. mmg truk laa diorg nie....mcm2 cara diorang buat utk hina agaman Islam

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...