Monday, June 25, 2012

Aisar first wall ART

Thanks to Nippon Paint... Actually, perkara nie berlaku dalam bulan March 2012 yang lalu. Nak dijadikan cerita, tok mama yang menjaga Aisar ketika teman dan sayang bekerja, tiba-tiba jatuh sakit dan terbaring di lantai dapur. Dianggarkan kejadian tu berlaku sekitar 1.30 - 2.00 ptg. Tinggal la Aisar keseorangan tanpa pengawasan dan makan tengaharinya sehingga la kami tiba dirumah sekitar 6.30 ptg. Untuk menambah buruk kan lagi keadaan, cuaca diluar hujan bertambah lebat dan kilat sambar menyambar dengan dentuman guruh. Dalam rumah pulak, gelap gelita dan pakaian di ampaian basah lenjun tidak diangkat. Nasib baik la Aisar tidak menangis. Kebiasaannya, Aisar nie takut bila suasana gelap.


Klik disini untuk mengunjungi web site Nippon Paint Malaysia.

.

Gambar ehsan : Google

Sewaktu sayang sampai dirumah sekitar 6.45 ptg, dia tak berani nak masuk kedalam rumah sehingga la Aisar muncul di depan pintu. Teman pula tiba selepas 10 minit. Sewaktu sayang tiba hari tu, ada la dia call teman. Tapi signal reception agak teruk, dan panggilan pula terputus-putus. Sampai saje dirumah, teman terus memeriksa keadaan tok mama. Dari pemerhatian, nampaknya bukan serangan strok. Lagi pun, tok mama tak ada masalah darah tinggi, kencing manis atau penyakit jantung. Nampak semuanya OK jer... Cuma tok mama mengadu, dia tak boleh menggerakkan badan. Bila bergerak sahaja, kepalanya akan pening berpusing-pusing. Teman nak angkat bawanya masuk kereta pun dia tak mahu bergerak langsung. Dok terbaring jer kat dapur tu... Last-last lepas discuss dengan sayang, teman call 999 untuk dapatkan ambulans dan bawa ke Hospital Sungai Buluh... So, bermalam laa kami kat Emergency Room tuuu... huhuhuhuhuhuh... first experience laa... betul2 mencabar kesabaran dengan karenah doktor2 kat sana... Anyway, selepas 24 jam duduk terbaring kat Emergency Room tu, doktor pun tak ada buat apa-apa pun... cuma datang check... bagi ubat dah... tu jer... so, lepas discuss dengan sayang, kami bawa keluar tok mama dari Hospital Sungai Buluh dan sambung rawatan di rumah jer...

Anyway, jauh tersasar la pulak... berbalik pada tajuk entry hari nie.... Keesokkan harinya, bila sampai je kerumah dari Hospital Sungai Buluh....

Aisar kata teman... Papa... saya ada sesuatu nak tunjuk kat awak... Apa dia... dia pun tunjuk laa hasil contengan dia di dinding rumah...






Teman tanya, kenapa lukis kat dinding... katanya kertas lukisan dah habis... memang pun, masa sampai dirumah semalam... scatch booknya bertaburan di hall... Patut laa dari tingkat bawah sampai laa ke tingkat atas... semuanya penuh dengan hasil seni Aisar.


Nie la hasil lakaran art wall Aisar pertama...







Nasib baik lah, masa buat pemilihan cat dalaman hari tu... perkara-perkara macam nie telah teman fikirkan dan di ambil kira...


huhuhuh... tension pun ada... di tambahkan dengan kepenatan... mmm... kena pujuk hati nie... teringatkan Aisar selalu nyanyikan lagu nie...


"Bulat Besar, bulat kecil..." menjadi penyejuk hati...


video


Teman ambik spange... semangkuk air... start operasi Bulat Besar... Bulat Kecil nie...



Bila dah ada anak nie... Sabar adalah kekuatan untuk mendidik anak-anak... betul tak... nie pendapat teman jer la...


Ok, next story lagi tentang si kecil nie...

2 comments :

  1. betul tu, saya bakal menempuhi hidup bersama anak2.. InsyaAllah.. kene la prsiapkan diri sari segi mental dan fizikal, InsyaAllah, moga dipermudahkan urusan kita...

    ReplyDelete
  2. anak sedara saya baru je lepas conteng dinding tangga rumah saya haritu...rasa mcm nak menangis ok...sib bek dia conteng pakai pensel, boleh lap pakai kain basah..kalau dia conteng pakai pen, menangis saya.....wuhuuu

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...