Wednesday, May 16, 2012

Sotong Kangkung, Penang

Kat Pulau Pinang nie, selain terkenal dengan Pasembur, kome boleh juga layan sotong kangkung dan sotong bakar. Kalau kat pantai timur, terkenal dengan ikan celup tepung dan sotong celup tepung. Bila datang ke Penang, boleh cuba Sotong Kangkung nya pula.

Kat kedai ini selain menu sotong, ada juga kerang rebus dan kerang bakar. Tak la bosan sangat makan-makan di Penang nie. Asyik makan nasi kandar je... Sesekali tu, boleh la perkena menu lain pulak. Sambil-sambil pekena pasembur Gani yang famous tu, teman order sekali sotong kangkung dan sotong bakar.


Kedai Sotong

Yang best kat Medan Selera Padang Kota Lama nie, kome boleh je order dari mana-mana kedai, nanti depa tolong hantarkan. Kan best gitu, boleh try makan menu kat kedai lain sekali. Kedai nie dalam medan selera berhampiran dengan Gani Famous Pasembur tu.


Kedai Sotong

Apa yang best kat kedai nie? mmm... kedai nie menyediakan kudapan makanan laut dengan sos dan kuahnya yang tersendiri... Harga telah di pamerkan... Jangan la buat-buat terkejut komplen harganya mahal pulak... Bagi teman, harga yang di pamerkan tu, boleh la... Tak la mahal sangat...


Sotong

Sotong yang digunakan pun adalah sotong segar. Maklum la kan, Penang nie kan di kelilingi laut... Tak rugi kalau nak mencuba rasa Sotong Kangkung kat Penang nie... Mai cuba rasa dulu... Jemput tengok ye...


Sotong Kangkung

Memang best Sotong Kangkung kat Penang nie. So, untuk pengemar makanan laut... Mai la cuba rasa...

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...