Monday, May 28, 2012

Jom Sertai Fan Run...

JOM BERSAMA... sertai larian rakyat bersama Team Malaysia di Team Malaysia Fan Run sebagai tanda sokongan padu anda kepada Kontinjen Malaysia yang akan bertanding di London dalam bulan Julai ini.



30 atlit negara akan bertanding menentang atlit-atlit dari 200 negara lain untuk memenangi medal Emas di acara sukan termasyhur dunia. Larian ini adalah yang pertama pernah dianjurkan oleh Team Malaysia untuk para atlit negara kita.

Butiran acara adalah seperti berikut:

Tarikh              : 17 Jun 2012 (Ahad)
Tempat            : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Masa                : Seawal jam 7.00 pagi

Yuran Pendaftaran : RM40.00
Kategori           : Larian 3km dan 7km

Untuk setiap pendaftaran, anda akan mendapat jersi Team Malaysia PERCUMA, medal eksklusif, sijil penyertaan, 'goodie bagmenarik dan peluang memenangi hadiah Cabutan Bertuah.

Bawalah keluarga dan rakan-rakan anda untuk lari bersama para atlit Kebangsaan kita dan memeriahkan suasana di acara ini. Team Malaysia juga akan mengadakan karnival di Dataran Merdeka pada hari yang sama. Pelbagai permainan, aktiviti dan pertunjukan menunggu anda!

Terdapat 2 cara untuk mendaftar:

1)   Daftar secara ‘online’ di www.tm.com.my/teammalaysia dan klik butang Fan Run. Tarikh tutup pendaftaran ‘online’ selewat-lewatnya pada 4 Jun 2012 sebelum jam 5.00 petang.
2)   Daftar di 2 lokasi di bawah, selewat-lewatnya pada 8 Jun 2012 sebelum jam 5.00 petang.
-     Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA), Tingkat 2, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur
-     Twentyfirst Century Sports, No 51, Jalan SS 18/6, Subang Jaya, Selangor

‘Race Kit’ boleh diambil pada:

Tarikh              : 9 & 10 Jun 2012
Tempat             : Tingkat 2, Dewan Serbaguna, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur
Masa                : 10.00 pagi – 6.00 petang

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tm.com.my/teammalaysia atau emel kami di teammalaysia@tm.com.my.

Kontinjen Malaysia mengharapkan sokongan anda!

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...