Sunday, December 30, 2012

Kuliah : Tips untuk murah rezeki

Tips murah rezeki...

Aliran harta umpama air yang mengalir. Selagi air mengalir, selagi itulah ia bersih dan jernih. Jika ia bertakung, maka ia akan kotor, berkeladak dan akhirnya tersekat.


Gambar : ehsan Google

Justeru mari sama2 kita alirkan harta kita dengan mengeluarkan zakat, sentiasa bersedekah dan berjihad ke jalan Allah. InsyaAllah dengan cara itu lebih banyak air (harta) akan mengalir dalam kehidupan kita.

Saturday, December 29, 2012

Spotted : PB 6

Kuliah : Surah amalan ketika mengandung

Thursday, December 27, 2012

Hajjah Mona Asam Pedas

Tempat makan best di Melaka. Makan signature di Melaka mestilah Asam Pedas Melaka. Selepas berjalan-jalan menikmati keindahan di Taman Botani Ayer Keroh, Melaka. Sejam lebih menjelajah di taman Botani tu, perut pun dah mula terasa lapar. Maklum lah, jam di tangan pun dan menunjukkan pukul 1.30 tengahari. Nak makan kat mana yer. Teman pun bukannya biasa sangat dengan Bandaraya Melaka nie. Search kat map dan Foursquare tengok apa pilihan yang ada. Berdasarkan komen di Foursquare, nampaknya Hajah Mona asam pedas nie mendapat rating tertinggi. Teringin pulak teman mencubanya. Maklum la, asam pedas nie memang favorite teman. Apa lagi, ambik koordinatenya terus lock ke nokia map teman nie. Ok, teman kongsikan koordinatenya dibawah,



Lokasi kedai ini adalah berhampiran dengan Casa Blancaa Guest House.

Berpandukan arahan dari Nokia Map, akhirnya sampai jugak teman ke Hajah Mona asam pedas nie. Perut pun memang dah lapar. Apa lagi, terus saje pesan menu yang ada.


Apa ye menu yang ada. Confirm la asam pedas. Ok nie la menu makan tengahari kali nie... Set asam pedas, sekali dengan telur asin... Memang sedap... lagi pun teman nie memang peminat asam pedas... Lauk hari nie adalah asam pedas ikan kembung dengan sayur kobis jer...  teman order air suam jer... maklum la, kejap lagi nak pekena Coconut Milk Shake pulak...

Siap ada no telefon lagi tu... boleh la buat pesanan sebelum sampai kesini untuk dibungkus bawa balik.





Apa macam, ada yang terliur tak... :d

mmm.... nampak tak hasilnya... licin... mana tak, ikannya sangat segar... dan teman dah merancang, kalau datang ke Melaka lagi, pasti teman akan datang makan disini.


Untuk pengetahuan, selain ikan kembung, kat sini ada juga menyediakan asam pedas ikan pari, ikan merah bergantung pada stock yang ada. Masakan asam pedas disini hanya akan disediakan apabila mendapat tempahan.

Petua : Mengatasi masalah sakit kepala

Kali ini di segment petua, teman ingin kongsikan petua menawar sakit kepala. Petua kali ini mengunakan daun lidah buaya sebagai bahan utama.



Apa yang perlu ada dapatkan ialah duan lidah buaya.



Kalau boleh cari lah daun lidah buaya yang bersaiz besar sedikit.



Kemudian, buang kulit daun itu dan ambil isinya (seperti agar-agar), kemudian tumbuk hingga hancur. Ambil isi daun lidah buaya yang telah dihancurkan ini, kemudian tampalkan pada dahi anda. Dengan ini, sakit kepala anda sembuh segera.

Bagi mereka berpenyakit darah tinggi, rebus daun lidah buaya dengan sedikit air dan minum air rebusan itu setiap hari.

Klik disini untuk membaca petua masalah ibu hamil.

Tuesday, December 25, 2012

Taman Botani, Ayer Keroh, Melaka

Tempat yang menarik di Melaka. Destinasi bercuti ke Melaka kali ini menuju ke Taman Botani, Ayer Keroh, Melaka. Kalau ikutkan tujuan asalnya nak singgah di Taman Buaya. Tapi malangnya, agak sukar untuk mencari parking kereta. Maklum la, cuti sekolah sudah bermula. Ramai orang mengambil kesempatan cuti sekolah nie untuk meluangkan masa bersama keluarga. Akhirnya, Taman Botani juga menjadi tempat persinggahan pertama kali ini. Kali terakhir pegi bercuti di Melaka hari tu, teman bawak Aisar ke Zoo Melaka. Itu pun, sebelum kejadian dimana seorang kanak-kanak diserang oleh sejenis monyet (spesis monyet jugak laa).

Kami pun sebenarnya tak tahu pun apa yang ada dalam Taman Botani nie. Sampai je kaunter, kami diberi pilihan sama ada berjalan kaki, berbasikal atau memandu buggy. Nak berjalan idak la nampaknya. Maklum la, 4KM jarak perjalanannya. So, teman ambik buggy jer la. Lupa pulak teman nak ambil gambar buggy tu. Tapi nie antara buggy yang ada.



Disini, banyak pokok jer. Macam-macam pokok ada. Tapi, teman tak turun jalan dalam hutan tu. Harga setengah jam sewa buggy 4 seatter dalam RM40.00 jer. Tapi teman guna lebih dari setengah jam. Nasib baik tak ada extra charge. Lagi pun, tak ramai sangat orang datang melawat ke sini.



Apa yang ada di Taman Botani, Ayer Keroh Melaka. Ok, teman kongsikan gambarnya disini. Banyak pokok-pokok kayu. Ada juga ditandakan namanya disitu. Ada juga jambatan gantung tergantung diantara pokok ke pokok.




haaa... selalunya kita ada dengar kisah arnab dan kura-kurakan... Kat sini, kisah nie ada diceritakan disini. Tapi, dalam bentuk lain la. Siap dengan trek pertandingan antara kura-kura dan arnab tu. Disini teman kongsikan sebahagian darinya ye...





Selain dari tu ada jugak replika haiwan pra sejarah yang menjadi daya tarikkan terutama kepada kanak-kanak. Nie baru sebahagian sahaja. Banyak lagi replika haiwan pra-sejarah ada disini. Cuma anak teman nie, Aisar agak bosan sket dengan benda nie. Actually, dia takut dengan replika nie :d







Ok, next time kita sambung lagi kisah di Melaka.

Sunday, December 23, 2012

Kuliah : Salasiah Nabi Muhamad s.a.w

Saturday, December 22, 2012

Hantaran Perkahwinan atau Pertunangan

Tengok nie. Terkejut teman. Ada jugak orang buat hantaran macam nie. Teman pasti, orang nie mesti peminat setia PETAI nie. Tak pasti pulak hantaran nie dari pihak lelaki atau perempuan. Yang pasti ada sekali dalam hantaran tu. Apa pun hantaran nie tetap nampak cantik. Dihiasi pulak dengan buah-buahan tempatan.



Minum air pada waktunya

Adakah anda mengambil berat kesihatan anda. Ketahui lah, meminum air pada waktu yang tertentu juga mampu memberi kesan positif pada tubuh badan anda.


Oleh itu, marilah bersama kita mengubah waktu minum kita seharian. Ketahuilah, orang-orang zaman dahulu juga mengamalkan pengambilan minuman sebegini.

Klik disini untuk mendapatkan penapis air anda.

Kuliah : Insan bernama WANITA

Friday, December 21, 2012

Tulen bang...

Teman nie memang tak pandai mengorat. Memang teman tak pernah mengorat mana awek pun. Tapi akhirnya, teman bertemu jodoh juga dengan isteri tercinta. Macam mana yer... Tak pernah pulak teman mengorat isteri teman nie... Kami berkawan memang agak lama... hampir 7 tahun lamanya... maklum la, berkawan jarak jauh... setahun lebih berkawan tanpa bertentang mata... selepas itu, barulah bertemu... itu lah jodoh namanya... Segala-galanya, Allah yang menentukannya...

Sebut pasal mengorat nie... terutama pada lelaki, jangan lah mengorat sembarangan... maklum lah, sekarang nie yang TIRUAN pun dah ada... :d

meh layan video kat bawah nie... :d


Thursday, December 20, 2012

Petua : Untuk mengelakkan kuali berkarat

Mungkin anda selalu mengalami masalah kuali hitam yang mudah berkarat setelah dicuci. Untuk mengelakkannya daripada berlaku mari cuba petua ini.



Mula-mula, cuci kuali seperti biasa. Kemudian lap sehingga kering dan lumurkan dengan minyak kelapa. Amalkan petua ini setiap kali selepas mencuci kuali.

Gambar : Ehsan Google

Tuesday, December 18, 2012

Spotted : KL911

KL911, cantikkan nombor plat nie. Agak-agak, berapa ye harganya.


Monday, December 17, 2012

Floria Putrajaya 2012

Entry hari nie adalah berkenaan Pesta Floria 2012 yang lepas. Kebetulan, ada kenduri kahwin saudara di Putrajaya. Jadi pergi makan di kenduri kahwin dulu, lepas kenyang baru lah kami bergerak ke tapak pesta flora. Kali nie, ayah dan ibu teman pun ada sama. Sebenarnya entry nie dah lama duduk dalam draft tu, sejak bulan July lagi. Tapi teman agak sibuk sket nak menguploadkan gambarnya.


3 tahun sudah teman ada berkunjung ke pesta Floria nie. Tapi, timingnya agak lewat sket dah hampir nak tamat. Kilik entrynya disini. So, kebanyakkan bunga-bunganya pun dah agak layu. Tapi kali nie, kunjungan kami di hari kedua. Bunga-bunganya pun masih segar bugar lagi.

Ok, teman kongsikan gambar-gambarnya disini.





































































Kalau nak baca entri Pesta Flora 2012, klik disini ye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...