Saturday, October 29, 2011

Hikmat ke air ini...!!!

Hari ini http://apakehei.blogspot.com/ nak berkongsi suatu cerita yang kebanyakkannya orang tak kisah... Apa punya posting laa hari nie kannn... Sebenarnya hari teman nak share isu sumber air bukit... Kalau sumber air bukit tu macam air terjun atau air-air bukit yang mengalir deras seperti yang banyak kat Cameron Highland tu, OK la... Nie setakat mengalir macam air kencing jer... itu pun ada yang sanggup menunggu berjam-jam, menahan panas, hujan dan ribut semata-mata nak menampung air nie...


Lokasinya adalah di jalan Batu Arang - Puncak Alam, Selangor. Dah lama teman perhatikan mereka-mereka nie sejak berpindah ke Saujana Utama. Baik pagi-pagi subuh hingga ke lewat tengah malam... ada orang yang sanggup menunggu giliran untuk menampung air nie... Apa yang pasti di bahagian atas bukit nie ada banyak pokok kelapa sawit terbiar... dan hutan-hutan sket... So, risiko untuk pencemaran air seperti racun perosak atau kimia lain adalah sangat-sangat tinggi...

Tapi yang peliknya, ada jua orang yang tak ambil kisah... Walau pun baru-bari nie pihak kerajaan tempatan ada memasang papan tanda amaran... yang peliknya... mujarab ke air ni untuk kesihatan??? Kan lebih baik beli penapis air yang sempurna untuk kebaikan kesihatan yang banyak di pasaran...



Friday, October 28, 2011

Bersiaran di Restoran Baser

Tempat makan best di Puchong. Untuk entry hari ini.... http://apakehei.blogspot.com/ nak berkongsi hasil kunjungan terbaru ke Restoran Baser, Bukit Puteri, Puchong.

Klik untuk melihat entry pertama Restoran Baser di apakehei.blogspot

Hari nie teman pekena nasi briyani kambing... ngan air suam jer... jimat sket... :D



Untuk update, kali ini di dapati Restoran Baser telah di anugerahkan 2 Bintang untuk kategori restoran terbersih... Kira setakat BERSIH jer laa... Kategori HIJAU... Apa pun, untuk maklumat lebih lanjut... hubungi la pihak MPSJ yang lebih mengetahui rating ini.





Muzium Angkatan Tentera, Port Dickson

Tempat menarik di Port Dickson. Untuk entry hari ini http://apakehei.blogspot.com/ nak kongsi pengalaman ketika melawat Muzium Angkatan Tentera di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sebenarnya entry ini adalah rentetan dari hari Keluarga PERKESO di Bayu Beach Resort, Port Dickson hari tuh... Since dah stay lama sket kat PD, kami pun merayau lah untuk mencari tempat-tempat menarik untuk di jelajahi... Muzium Tentera Darat adalah salah satu yang menarik untuk di kunjungi di Port Dickson. Sekurang-kurangnya, dapat mendidik kita untuk lebih mengetahui perjalanan, pahit getir para pahlawan negara kita memerangi musuh negara di era kegemilangan Kesultanan Melaka hingga lah ke hari ini.



Simbol Tugu Pahlawan... Disini tercatat nama-nama pejung tanah air yang gugur mempertahankan tanah air tercinta dari PENJAJAH.



Nie adalah simbolik semangat pejuang tanah air kita... HARIMAU MALAYA menyambut pengunjung di pintu masuk utama. 



Ini pula adalah tengkorak gajah. Ia digunakan sebagai peti surat oleh pihak Komunis.



Didalam ruang pameran, selain pakaian dan senjata terdapat juga terowong Komunis untuk di lawati. Disebabkan masa tidak mengizinkan tak dapat laa untuk dikongsikan dalam entry kali ini.


Apa pun, dalam banyak-banyak pameran, hati ini terpanggil untuk berkongsi kisah Adnan Bin Saidi atau lebih di kenali sebagai Leftenan Adnan.



Leftenan Adnan yang gagah berjuang menentang Jepun. Sebak hati ini bila dapat tahu bagaimana Leftenan Adnan mati di bunuh. Di ruang pameran ada diletak simbolik bagaimana pejuang negara ini dibunuh. Tapi, teman tak mampu untuk mengambil gambarnya. Entah laa kenapa...

Apa pun, hanya ini lah yang dapat di kongsikan berkenanaan Adnan Bin Saidi...




Di sekitar bangunan berbaris kenderaan berperisai ATM Sibmas...












Sibmas 4 X 4 APC






Selain kenderaan berperisai, terdapat juga helikopter Nuri, Helikopter tempur, pesawat Hercules dan jet pejuang HAWK




nie helikopter Aloutte


dan ada jugak gerabak kereta api kegunaan raja-raja dan para pemimpin untuk bermasyuarat....



Sebenarnya banyak lagi benda yang menarik disini tapi masa tidak mengizinkan untuk berada lebih lama disini. Apa pun, lain kali kalau berkesempatan, pasti saya akan singgah disini lagi untuk meneroka keseluruhan muzium ini.

Jangan lupa, masuk adalah PERCUMA sahaja... :)

Ini koordinate GPS bagi kawan-kawan yang ingin berkunjung kesini.
2° 29'47.64N  101° 50'52.31E

Klik untuk Google Map

New Generation of EVO Type III



Petua - Mengatasi Masalah Kecing Tidak Lawas


Jika anda menghadapi masalah membuang air kecil tidak lawas, dapatkan air cucian beras. Ambil air tersebut sebanyak dua gelas dan minum setiap hari. Anda tidak lagi mengalami masalah tersebut.

Thursday, October 27, 2011

Wordless @ Menara Telekom

Monday, October 24, 2011

Keadaan banjir di Thailand




































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...