Friday, December 30, 2011

2011 ONLINE Performance for My Free Time Activity

mmm... now we are at the end of year 2011... its time to evaluate what my achievement and performance through out the year...


Blogging activity
Next year will be challenge... some of my wish list is to double up the unique visitor... How to do it? huhhuuhuhu... i need to think seriously about this...


ONLINE Business via Healthy Life Style
2011 is fortune year for my online business. Through out the year of 2011, i manage to get RM1000.00 transaction which allow me to have 3 time sales bonus... alhamdulillah... syukran... :D


Next year, i will try to double the transaction for my online business.

Jalan-jalan di Bandar Melaka

Di Bandar Melaka sendiri, banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Antara mercu tanda Bandar Melaka ialah Menara Taming Sari and Eye of Melaka (dahulu dikenali sebagai Eye of Malaysia) yang di pindahkan dari Kuala Lumpur. Kalau setakat nak stay sehari dua, memang tak sempat nak jelajah kesemua tempat di Melaka nie... Teman dan keluarga pun tak sempat nak jelajah kesemua tempat... Kali ini cuma sempat berkunjung ke Menara Taming Sari dan Melaka River Cruise je...

Menara Taming Sari




Pandangan dari atas Menara Taming Sari... kelihatan ialah Eye of Melaka...




Bandar Melaka... kelihatan di tengah2 berhampiran kawasan pokok adalah Istana Kesultanan Melaka



Pandangan Bandar Melaka dari Menara Taming Sari... 



Kelihatan Muzium Maritim, terletak berhampiran dengan Menara Taming Sari...





Eye of Melaka


Tak berkesempatan untuk menikmati pemandangan dari Eye of Malaysia di sebabkan masa agak tidak mengizinkan.


Melaka River Cruise

Disebelah Malamnya kami ke Melaka River Cruise. Adalah suatu kemestian untuk menaiki bot menyusuri Sungai Melaka pada waktu malam. Serious, memang best betul berkunjung ke Melaka River Cruise nie... Lain dari yang lain... selain dapat melihat panorama Bandar Melaka di waktu malam, dapat juga merehatkan akal fikiran nie...
























Nie landskap di jeti utama Melaka River Cruise






Thursday, December 29, 2011

Rasulullah Melarang Minum Sambil Berdiri?

Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi. Terus menuju kandungan air kencing.



Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana. Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi. Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."


Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan. Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.
Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna. Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.
Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat. Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak. Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.
Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk. Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.
Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: "Lihatlah orang itu duduk seperti budak." Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak." Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan" - Hadis Riwayat Bukhari. - tulahan

Second hand Mercedes Benz for sale

Ada sesiap nak beli Mercedes...







Petua - Masalah sembelit ketika dalam pantang bersalin

Ketika dalam ‘pantang’ bersalin, sekiranya kita susah membuang ‘air besar’ atau sembelit, amalkan makan jadam sebesar telur cicak bersama sebiji pisang emas.


Sila klik disini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai khasiat jadam

Wednesday, December 28, 2011

Medan Ikan Bakar Sg Duyung, Melaka

Tempat makan best di Melaka. Biasa laa kan... nama pun jalan-jalan... bila dah penat berjalan... perut pulak pastinya lapar... untuk kali ini, kami bersantap di medan Ikan Bakar Sg Duyung pulak... maklum laa ada orang tu teringin bebenor nak pekena ikan bakar kat sini... so, teman bawak je laa...

Orang Melaka nie unik sket, bila pekena ikan bakar pastinya dengan nasi lemak... teman pulak tak biasa nak makan ikan bakar dengan nasi lemak... macam double jer minyaknya... maklum laaa ikan pun berminyak... kena pulak dengan nasi lemak... fuhhh.... mau berlemak dibuatnya...


Kat area Umbai nie memang terkenal ikan bakar... maklum laa dekat dengan laut... cuma nak carik yang best jer susah sket... dengar cerita, Medan Ikan Bakar Sg Duyung nie best... kebetulan terjumpa... so, singgah laa teman dan family... nie laa menunya...



haaa.... benda nie namanya Siput Buluh, @ Pepahat @ Ambal... teman memang tak makan siput-siput nie... teman cuma makan kerang-kerangan jer... tapi saja laa kasi try sebab depa dah order... perggg... serious... memang tak sedap betul... dah laaa liat bebenor... memang teman tak leh telan laaa....



Lepas nie teman and family akan berangkat ke Johor Bharu pulak... 

Petua - Untuk melembutkan daging

Ambil sebatang tebu tidak kira apa jenis dibuang kulitnya dan bersihkan. Buang bahagian yang keras dan potong memanjang seruas-seruas. Terpulanglah kepada anda sama ada ingin memotong kecil-kecil atau pun besar-besar.



Jika anda ingin memasak rending, masukkan sekali tebu yang telah dipototng-potong itu bersama-sama bahan rending dan masaklah sehingga daging lembut atau empuk. Begitu juga jika anda memasakan sup, rebuslah tebu itu bersama-sama. Tebu itu bukan sahaja melembutkan daging bahkan juga menambahkan kelazatan masakkan.

Boleh tolong settelkan kira-kira ini tak...

Thursday, December 22, 2011

Jom naik kereta lembu, Melaka

Kereta Lembu atau dalam bahasa inggerisnya bullock cart... Sinonim dengan Melaka... Kalau ke Melaka tapi tak naik kereta lembu... macam tak sempurna laa pulak... kereta lembu tu, bukannya macam kereta lembu yang kat ladang-ladang tuh... Tapi, di Melaka nie... kereta lembunya di hias cantik...

Nie laa dia kereta lembu yang kami naik... comel tak... :D



Kalau teringin nak naik kereta lembu, pergi la ke Air Keroh, Melaka... berdekatan dengan Zoo Air Keruh... Kalau nampak lembu, tengah lepak-lepak kat tepi jalan tu... itu laa tempatnya... waktu teman kesana, GPS tak dapat... so, teman tak leh nak sharekan koordinatenya... sapa-sapa kalau ada koordinatenya... leh laa share kat komen yer... any way, sharing is caring kan...

Nie ada lah rakaman video sewaktu teman and family naik kereta lembu tu... Aisar takut... kami pulak suka sangat... maklum laa kesian kat lembu-lembu tuuu... teruk menarik kami yang berat nie...







Tuesday, December 20, 2011

Jalan-jalan di Zoo Melaka, Air Keroh

Memang dah plan dari awal lagi... Kalau ke Melaka kali nie nak bawak Aisar jalan-jalan ke Zoo Melaka. Tengok harimau, burung-burung, monyet dan haiwan-haiwan lain. Zoo Melaka nie terletak berhampiran Plaza Tol Air Keroh. Banyak tempat menarik yang boleh di kunjungi semasa berada di Air Keroh nie. Tapi teman hanya berkesempatan mengunjungi zoo dan naik kereta lembu.

Entry kali nie, kita cerita pasal zoo jer yer... menyambut tetamu di pintu hadapan zoo adalah burung-burung nie... burung Kakak Tua...






Nie pulak burung hantu... Siang-siang dia tak aktif... tidur kot... maklum laa, malam-malam kerja over time...




Nie pulak antara binatang-binatang yang ada... Harimau, rusa, badak, zirafah dan banyak lagi laa...




Selain dari tu, ada jugak pertunjukkan haiwan... burung-burung, ular dan gajah... tapi nie jer yang sempat di rakam...




Seronokkan tengok gajah pun boleh menari... selain dari haiwan hidup, kita juga melihat haiwan-haiwan mati yang telah di awetkan... Gambar kat bawah nie ialah seekor buaya... lebih glamor namanya sebagai Buaya Puchong... sebab buaya nie di tangkap di Puchong... susah jugak nak percayakan, kat tengah-tengah bandar pun ada buaya... tapi itu lah realitinya...





Serba sedikit fakta ringkas mengenai buaya ini...

 

Trajiskan sebab kematiannya... too old dan stress...

Banyak jugak haiwan-haiwan yang diawet... cuma dua ekor nie jer yang menarik untuk rakaman lensa kamera nie... seekor lagi ni... Sang Ular Sawa... eeiii... teman geli bebenor dengan ular nie... tapi disebabkan ular nie dah mati... berani laa teman nak sentuhnya... :D walaupun kat situ ada arahan jangan sentuh :D

Nie close up mode from N95... OK tak...



Tengok giginya... ada berani nak sentuh ke... Panjang jugak ular nie... kalau hidup, dah lama kena ngap... hehehehehehe...

Ok lah, next entry kita cerita kisah naik kereta lembu pulak yer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...