Monday, April 18, 2011

Rumah Ku Syurga Ku

Biasanya Suami...


Menyerahkan bulat-bulat tugasan mengurus rumah tangga kepada isteri walaupun dia tahu isterinya pun penat kerana turut bekerja. Baginya, kerja rumah itu kerja perempuan.




Suami yang luar biasa...


Sentiasa memberi dorongan kepada isteri dalam urusan rumah tangga, karrier and anak-anak untuk mengejar keredhaan tuhan. Menyelesaikan masalah rumah tangga adalah satu kerja yang amat besar bagi seorang ibu demi melahirkan pemimpin-pemimpin negara yang takut dan cintakan tuhan.



Biasanya suami...


Suka memandang perempuan lain di tempat kerja atau di luar rumah. Sebab itu banyak kes-kes suami main kayu tiga. Porak peranda rumah tangga dibuatnya.



Suami luar biasa...


Berpegang pada larangan tuhan supaya tidak memandang wanita lain. Yakni, tidak memandang secara lahiriah atau memberi perihatian dan perasaan terhadap wanita lain. Maka hati suami tertumpah pada isterinya sahaja. Baru aman rumah tangga....

Doa-doakanlah aku semoga menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk isteri dan anak-anak aku ye...

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...